#jaringan

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “KESEMPURNAAN”

Kesempurnaan bukan milik insan, Kesempurnaan hanya milik tuhan, Jangan dicari kesalahan, kerana insan pasti berdosa, Walau garam dan gula sama warna, Tapi lidah bisa mengenal Disaat rebah, resah gelisah, Hanya tuhan tahu segala, bermohonlah pada yang Esa. Tuhan memberi pada waktu yang sesuai denganmu, Bukan setelah doamu usai, Jangan ditagih belas insan Setelah racun membisa […]

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “KESEMPURNAAN” Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “SUARA HARAPAN”

Benak aku umpama terkurung Kiri kanan dihimpit dinding-dinding Kesangsian.. Terasing… Kebuntuan membuat aku Agresif dalam ketakutan Terkadang Ilusi aku dibisik dan dirisik Oleh suara yang timbul tenggelam Menitah dan Memerintah Fikiran Hati dan Emosi.. Arghhhhhhhh!!!!!! Sesak dada ini.. Dengan kemurungan menerjah, Mencipta Amarah dan Gelisah, Menyongsong kehidupan tanpa arah, Bagai Ingin Mati dan Bunuh Diri..

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “SUARA HARAPAN” Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “KABUT DUKA”

Entahlah! Jiwa bagai kabut, Perlu bahu untuk berpaut, Ingin luah rasa kalut, Mahu hapus sukma ribut, Detak minda serabut. Entahlah! Anxiety yang menjarah, Makin teruk membarah, Rasa ingin rebah, Sarira terlalu lemah, Atma semakin gundah. Entahlah! Tidak jelas hati sendiri, Adakala ingin menyendiri, Lebih bahagia hidup sepi, Rasa bagai tenang hati, Agar sukma tidak mati.

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “KABUT DUKA” Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “DIAM”

Aku mahu semuanya diam Sekelam hening malam yang terdalam Puas aku didendangkan bisikan bermacam suara Yang membingit tajam Kenapa hanya aku yang mendengar Gema sumbang yang tercanang Oleh paluan tohmahan, sumpahan Bertalam-talam terhidang Bernazam benar untuk jahanamkan Segala ada ingin hidupku Aku pinta, diam! Angin yang terlalu perlahan itu harus kudengar Perlu kepadanya kuhalakan layar

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “DIAM” Read More »

Bengkel Pencegahan Bunuh Diri

Para sukarelawan MeCare menghadiri Bengkel ‘Suicide Prevention’ yang telah dianjurkan oleh Awareness Against Suicide (AWAS Malaysia) di Pejabat Yayasan ZuriatCARE, Bukit Jelutong, Selangor pada Sabtu, 13 Januari 2024 yang lalu. MeCare mengambil inisiatif untuk memberikan pelatihan yang bersesuaian kepada para sukarelawan untuk memastikan mereka memiliki kemahiran yang optima dalam memberikan khidmat dan membantu individu yang memerlukan.  Role-play Sukarelawan

Bengkel Pencegahan Bunuh Diri Read More »

Shopping Basket
Scroll to Top