Belajar teknik praktikal untuk berhadapan kenalan yang sedang alami tekanan emosi

Lebih 400 peserta telah kuasai skil validasi emosi, kemahiran mendengar dan teknik relaksasi daripada rakaman webinar “Psychological First Aid” bersama Dr Pau Kee, Kaunselor berdaftar.

"Saya mendapat ilmu baru, pengalaman dan belajar bagaimana kita ingin membantu seseorang yang dalam krisis dan masalah dengan cara yang betul, seperti apabila mereka ingin meluah kita perlu mendengar tanpa mendesak mereka untuk bercakap sekiranya mereka tidak mahu bercakap lagi. Seterusnya, menenangkan mereka dan bantu mereka untuk bertenang. Mengambil berat dan membantu memenuhi segala keperluan mereka seperti basic needs dan kebimbangan."
Anonymous
Peserta PFA

"1 daripada 4 rakyat Malaysia alami masalah kesihatan mental.."

Ramai daripada mereka ini memilih untuk diamkan diri dan berjuang dalam senyap, kerana takut dengan stigma oleh orang sekeliling.

Ada juga yang pernah mencuba bercerita isu dalaman mereka, tetapi menerima respons yang tak membantu. Malah, menambah lagi tekanan emosi mereka yang sedia ada.

Akhirnya, kembali ke keadaan yang asal, iaitu memendam saja dalam hati.

“Lebih selamat untuk pendam kerana emosi tak terguris, tetapi tak menyihatkan mental kerana bila-bila masa saja boleh meletup.”

Jadi, di sini pentingnya peranan kita sebagai kenalan untuk belajar teknik mendengar dan kemahiran validasi emosi mereka.

Antara kemahiran berguna untuk berhadapan individu dalam tekanan emosi ini ialah:

Psychological First Aid, atau PFA.

PFA ialah skil intervensi krisis yang bertujuan untuk:

Peluang Untuk Belajar Asas Teknik PFA Daripada Pakar

Memperkenalkan Dr Pau Kee,
Pengarah Pusat Kaunseling,
Universiti Pendidikan Sultan Idris

  • PhD (Kaunseling) Pengkhususan dalam Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal, Old Dominion University, Norfolk, Virginia, United States.
  • Menerima latihan dan mempraktiskan Mental Health First Aid dan Psychological First Aid di United States, 2012-2015.
  • Penulis buku dan artikel jurnal, termasuk E-Psychological First Aid.
  • Kaunselor yang berdaftar di Malaysia dan United States serta mempunyai lesen pengakuan amalan kaunselor di Malaysia.

Dalam rakaman webinar PFA ini, Dr Pau Kee berkongsi tentang:

Pengenalan Teknik PFA

Definisi, sejarah, dan asas kemahiran ini dalam bantuan kesihatan mental seseorang. Dr Pau Kee kupas bagaimana PFA berbeza dengan kaunseling dan bukan sejenis teknik rawatan.

Formula 3L dalam PFA

Look, Listen dan Link, iaitu tiga langkah penting apabila berhadapan individu sedang krisis emosi dan memerlukan bantuan psikologi kecemasan. Dr Pau Kee terangkan secara mendalam.

Aplikasi & Praktikal PFA

Pemberian contoh beberapa kajian kes dan peserta berpeluang untuk aplikasi teknik yang dah dipelajari, sambil diselia oleh Dr Pau Kee sendiri (beserta komentar beliau sebagai pengamal PFA).

Latihan Ketenangan

Demonstrasi beberapa jenis latihan untuk meredakan simptom tekanan emosi yang boleh diajar kepada kenalan kita. Dr Pau Kee tunjuk sendiri bagaimana cara aplikasi dan sains di sebaliknya.

Apa Kata Peserta?

"She interacts well with the participants. Demo yang dibuat bersama peserta memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana untuk membantu orang lain."
Anonymous
Peserta PFA
“Penyampaian yang menarik. Lakonan dan case yang feeling membuatkan orang lagi senang belajar dan faham apa yang perlu dilakukan pada situasi sebenar.”
Anonymous
Peserta PFA
“Penyampaiannya adalah secara beraktiviti memudahkan saya untuk memahaminya dengan baik dan berasa seronok.”
Anonymous
Peserta PFA
"I benefitted a lot from the session as it guided me in managing not only my emotional well being but also providing and helping others' emotions."
Anonymous
Peserta PFA

"Cakna Kesihatan Mental, Harapan Kembali Terbina"

– Malaysian Mental Care Association (MeCare) –

© 2024 Hak Cipta Terpelihara

Scroll to Top