"Cakna Kesihatan Mental, Harapan Kembali Terbina"
Kearah mewujudkan masyarakat yang cakna kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri, MeCare komited dalam memberikan khidmat psikososial, psikopendidikan dan jaringan.



Tentang Kami
Persatuan Cakna Mental Malaysia (Malaysian Mental Care Association) atau lebih dikenali sebagai MeCare merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada Oktober 2017 bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang turut disambut pada bulan Oktober.

PSIKOSOSIAL
Bantuan yang holistik meliputi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual kepada individu yang berada dalam krisis. Antara bantuan yang diberikan adalah kumpulan sokongan psikososial dan juga bantuan awal psikologi (Psychological First Aid).

JARINGAN
Penglibatan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan bagi tujuan penjenamaan, publisiti, perkongsian sumber, dana dan jualan cenderahati. Setiap tahun, MeCare berkolaborasi bersama beberapa badan dan institusi lain dalam usaha meluaskan capaian ke arah menyalurkan informasi yang sahih dan dipercayai mengenai kesihatan mental.

PSIKOPENDIDIKAN
Ke arah usaha untuk mewujudkan masyarakat yang empati dan sifar stigma mengenai kesihatan mental, pelbagai aktiviti advokasi dan pendidikan kesihatan mental dijalankan. Antara inisiatif yang dianjurkan adalah kempen tahunan, pameran, jemputan ceramah dan promosi kesihatan mental secara dalam talian.
Pengasas & Pengerusi MeCare
Puan Nur Areefah merupakan graduan Sarjana Psikologi Pendidikan UIAM dan Graduan Sarjanamuda Sains Kemanusiaan (Psikologi) dengan minor Ilmu Wahyu. Beliau kini aktif dalam usaha advokasi kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

Sakit mental boleh dirawat, bunuh diri boleh dicegah. Oleh itu, sama-sama kita CAKNA mengenai kondisi kesihatan mental diri dan orang tersayang.

Apa kata Orang Awam Tentang Mecare

Aktiviti & Servis: Kempen Hari Kesihatan Mental Sedunia Kempen Jalanan Jemputan ceramah Pameran Pertandingan Kumpulan Bantuan Psikososial Bantuan Awal Psikologi (PFA) Kesukarelawanan Webinar Solidariti
Aktiviti & Servis: Kempen Hari Kesihatan Mental Sedunia Kempen Jalanan Jemputan ceramah Pameran Pertandingan Kumpulan Bantuan Psikososial Bantuan Awal Psikologi (PFA) Kesukarelawanan Webinar Solidariti







Hebahan / Aktiviti Terkini
Artikel
WEBINAR – Stigma dan Salah Faham tentang Bunuh Diri dalam Masyarakat Muslim: Jalan ke Arah Empati dan Harapan
Sunyi Dihujung Usia
“Tak apa, aku okey”
Jom beli sambil menyumbang
Quick ViewAdd to basket- Beli sambil menderma
Pra Tempahan T-shirt Eksklusif CAKNA25 – Talk, Listen, Heal (Lengan Pendek)
RM49.00 – RM59.00Price range: RM49.00 through RM59.00Rated 0 out of 5 - Beli sambil menderma
Pra Tempahan T-shirt Eksklusif CAKNA25 – Talk, Listen, Heal (Muslimah-Labuh)
RM49.00 – RM59.00Price range: RM49.00 through RM59.00Rated 0 out of 5 - Beli sambil menderma
Pra Tempahan T-shirt Eksklusif CAKNA25 – Talk, Listen, Heal (Lengan Panjang)
RM49.00 – RM59.00Price range: RM49.00 through RM59.00Rated 0 out of 5
Rakan Strategik
































































