Soalan Lazim

Secara umum, stres merupakan tindakbalas yang normal bagi setiap manusia. Stres berlaku apabila kita perlu memenuhi sesuatu keperluan yang mendesak. Stres boleh menjadi baik jika diuruskan dengan baik. Namun, stres yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan masalah kemurungan atau lain-lain penyakit mental.

 

Kemurungan pula merupakan salah satu penyakit mental yang boleh dirawat, sama ada menggunakan kaedah ubatan atau terapi, atau kedua-duanya sekali. Selain itu, kaedah yang holistik juga dituntut iaitu pendekatan bio-psiko-sosial-spiritual.

  1. Pergi ke klinik kesihatan berdekatan. Anda mungkin perlu membuat saringan kesihatan minda sihat - Anxiety, Depression, Stress Scale (DASS), atau boleh lakukan saringan ini secara atas talian di link https://bit.ly/2JHqrYI. (Perlu maklum, mendapat keputusan yang teruk tak semestinya anda ada sakit mental)
  2. Di klinik, maklumkan pada doktor mengenai gejala yang anda alami. (contohnya tak boleh tidur, rasa sedih hampir setiap masa, tak ada selera makan, rasa bersalah tanpa sebab dll)
  3. Jika perlu, doktor akan sediakan surat rujukan ke pakar psikiatri di hospital berdekatan.
  4. Pergi ke hospital berdekatan dan dapatkan temujanji untuk berjumpa doktor psikiatri

Namun jika pesakit berisiko besar mencederakan diri sendiri atau orang lain, segera ke unit kecemasan hospital terdekat.

 

Jika ada rasa ingin bunuh diri, luahkan apa yang dirasa pada befrienders (03-7627 2929) yang beroperasi 24 jam atau TALIAN HEAL 15555.

Untuk klinik pakar psikiatri di hospita kerajaan, bayaran adalah RM5.00 untuk rawatan susulan (konsultansi dan ubatan)


Bayaran pendaftaran mungkin berbeza bergantung pada hospital. 

Secara asas, gejala kemurungan meliputi 7 daripada 9 tanda seperti senarai dibawah. Pesakit akan ada gejala tu sekurang-karangnya dua minggu.


  1. Perasaan sedih hampir setiap hari
  2. Hilang minat dalam perkara yang digemari
  3. Tiada selera atau terlebih selera.
  4. Gangguan tidur (kurang tidur atau terlebih tidur)
  5. Hilang tumpuan dan sukar membuat keputusan
  6. Cepat penat
  7. Pergerakan atau pemikiran yang lambat
  8. Perasaan bersalah tanpa sebab
  9. Terfikir atau mempunyai perancangan untuk membunuh diri.

Jika anda mengalami gejala-gejala ini, tak bererti anda mempunyai depressive disorder. Perlu berjumpa doktor psikiatri atau psikologis klinikal untuk tujuan diagnosis.

Sedih, stres, risau dan semua perasaan itu adalah normal. Tidak mengapa untuk merasa begitu kerana orang lain juga merasa benda yang sama. Anda tidak keseorangan. Kongsikan dengan orang yang boleh dipercayai untuk mengurangkan bebanan.

 

Tapi jika keadaan bertambah teruk sehingga boleh mengganggu rutin harian, mengganggu hubungan sosial dengan orang lain, rasa ingin membunuh diri, rasa ingin cederakan diri atau orang lain, dengar suara yang tidak wujud, bau sesuatu yang tidak wujud dan dengar sesuatu yang tidak wujud, segera dapatkan bantuan pakar.

Tiada ujian atas talian yang digunakan untuk diagnosis. Perlu merujuk doktor untuk penilaian yang lebih terperinci. 


Tidak digalakkan untuk membuat ujian atas talian untuk mengelakkan resah dan ‘overthink’ mengenai perkara yang tidak pasti lagi.

Pesakit dinasihatkan tidak berhenti mengambil ubat tanpa arahan dari doktor untuk mengelakkan ‘withdrawal symptom’.


Withdrawal symptom adalah seperti pening-pening, muntah-muntah, sakit kepala dan lain-lain yang terjadi jika ubat dihentikan tanpa pemantauan doktor.

Masalah dan data pesakit adalah rahsia selagimana bukan pesakit yang memaklumkan pada yang lain.

Anda boleh sertai kumpulan sokongan emosi secara atas talian di link https://www.facebook.com/groups/1591393064466760.


Kumpulan ini hanyalah berbentuk sokongan emosi daripaada mereka yang mengalami nasib yang sama, tetapi bukan untuk menggantikan rawatan profesional.

Terima kasih atas keprihatinan.

 

Anda boleh berbuat demikian menerusi link ini:

https://toyyibpay.com/Sumbangan-MeCare

Scroll to Top