PENGENALAN

Persatuan Cakna Mental Malaysia (Malaysian Mental Care Association) atau lebih dikenali sebagai MeCare merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar sebagai persatuan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan No. Pendaftaran PPM-022-14-20102017. MeCare ditubuhkan pada Oktober 2017 bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang juga disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

“Cakna Kesihatan Mental, Harapan Kembali Terbina”

Visi

MeCare sebagai pilihan utama masyarakat untuk rujukan pendidikan kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

Misi

  1. Menyediakan perkhidmatan berbentuk aktiviti sosial, ceramah kesedaran, saringan kesihatan mental dan psikopendidikan yang berunsurkan kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.
  2. Memudahcara akses bantuan dan kebajikan untuk individu yang berjuang dengan krisis kesihatan mental.
  3. Memberi ruang kepada masyarakat untuk menjadi sukarelawan dalam bidang kesihatan mental.
  4. Mempromosikan kesedaran kesihatan mental melalui pendekatan yang mudah difahami untuk mengurangkan stigma dan salah faham masyarakat.

BIDANG TUMPU

PSIKOSOSIAL

Bantuan yang holistik meliputi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual kepada individu yang berada dalam krisis.

JARINGAN

Penglibatan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan bagi tujuan penjenamaan, publisiti, perkongsian sumber, dana dan jualan cenderahati.

PSIKOPENDIDIKAN

Ke arah usaha untuk mewujudkan masyarakat yang empati dan sifar stigma mengenai kesihatan mental.

TERAS

AKTIVITI & SERVIS

AHLI JAWATANKUASA MECARE 2025/2027

PENGERUSI

NUR AREEFAH BINTI CHE AHMAD TANTOWI

(Ahli Psikologi Pendidikan)

TIMBALAN PENGERUSI

DR MOHD FAIZ NAZIM
BIN BAIDILLEH

(Doktor Perubatan)

SETIAUSAHA

NUR ILYA MAISARAH
BINTI MOHD NASRI

(Setiausaha Gerak Kerja)

PENOLONG SETIAUSAHA

NIK NUR SYAZWANI
BINTI SALIM

(Kaunselor)

BENDAHARI

MOHAMMAD AIMAN
BIN AMRI

(Ahli Psikologi Klinikal)

AHLI JAWATANKUASA

NUR MAWARLINA
BINTI ROSLI

(Pelajar Sarjana Muda
bidang Psikologi)

AHLI JAWATANKUASA

NOORSYUHADA
BINTI AZLAN

(Pelajar Sarjana bidang
Teknologi Pertanian)

AHLI JAWATANKUASA

ROHANA
BINTI ISMAIL

(Pesara Guru)

MECARE DALAM MEDIA MASSA

Jemputan Aktiviti / Kolaborasi

“Cakna Kesihatan Mental, Harapan Kembali Terbina”

Jemputan Program

Shopping Basket
Scroll to Top