Admin

Peranan Masyarakat dalam Usaha Membanteras Penuralan Video Bunuh Diri

 Tingkah laku bunuh diri boleh dicegah dan ia adalah tanggungjawab kita bersama sebagai anggota masyarakat. Penggunaan media dengan cara berhemah mampu menjadi agen perubahan yang mendidik dan membentuk pemikiran masyarakat. Kejadian bunuh diri harus dilaporkan/dikongsikan untuk membantu orang ramai memahami dengan mendalam tentang kemelut bunuh diri dan pencegahannya, NAMUN perlulah mengikut garis panduan media yang selamat & …

Peranan Masyarakat dalam Usaha Membanteras Penuralan Video Bunuh Diri Read More »

Hebahan Chit Chat Kesihatan Mental 2023

Chit Chat Kesihatan Mental (CCKM) adalah acara kemuncak Kempen Cakna Kesihatan Mental (CAKNA23) yang akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan ucapan alu-aluan oleh Dr. Nurashikin Ibrahim, Ketua Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH). Butiran CCKM adalah seperti berikut:- Tarikh: 21 Oktober 2023 (Sabtu) Masa: …

Hebahan Chit Chat Kesihatan Mental 2023 Read More »

Ciri-ciri Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri

  Berikut merupakan panduan untuk menyediakan laporan berkaitan tingkah laku bunuh diri:  1. Tidak menamakan mangsa secara terperinci (nama, jantina, umur, tempat tinggal). 2. Tidak menerangkan cara/metode bunuh diri. 3. Menegaskan bahawa kes sedang dalam siasatan polis. 4. Saranan kepada masyarakat agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak pasti. 5. Saranan mendapatkan bantuan profesional atau hubungi talian …

Ciri-ciri Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri Read More »

Hentikan Penularan Video Kejadian Bunuh Diri

Pelaporan media yang tidak selamat berkaitan tingkah laku bunuh diri boleh mencetuskan kejadian bunuh diri yang berturutan (suicide contagion) dan peniruan cara/kaedah bunuh diri (suicide copycat). Paparan imej mangsa/situasi bunuh diri boleh memberi kesan traumatik kepada ahli keluarga, kenalan dan masyarakat lain. Pelaporan yang sensasi dan tidak sahih boleh menambahkan stigma terhadap isu kesihatan mental dan bunuh …

Hentikan Penularan Video Kejadian Bunuh Diri Read More »

Selamat Hari Malaysia, 16 September 2023

Rakyat Malaysia Bersatu Hati,Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan,Penyatuan Bangsa Kita Hargai,Ayuhlah Kita Teruskan Perjuangan. ________ Sambutan Hari Malaysia setiap tahun telah dijadikan asas untuk kita meraikan kepelbagaian budaya, warisan dan kesatuan sebagai rakyat Malaysia. Disamping kita meraikan semua keunikan yang ada, jom sama-sama kita zahirkan sokongan dalam melawan stigma! Sempena hari bersejarah ini, kami ingin mengumumkan berita baik yang …

Selamat Hari Malaysia, 16 September 2023 Read More »

Hebahan Aktiviti sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023

Bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023,  Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysian Mental Care Association (MeCare), AWAS Malaysia dan Yayasan ZuriatCare menganjurkan Projek MySave dengan tema Bertindak Segera, Harapan Terbina. Layari https://mecare.my/MySAVE23/ untuk maklumat lanjut. Jangan lupa untuk mengikuti semua media sosial penganjur untuk kemaskini semasa mengenai aktiviti-aktiviti ini.   Bergambar dengan tema kuning – Kempen MySAVE   Pertandingan Video …

Hebahan Aktiviti sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023 Read More »

Perasmian Program Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope (MySAVE)

31 Julai 2023 sebagai penutup bulan Julai tahun ini, tim MeCare bersama dalam program Malay sia Suicide Awareness Voice of Hope (MySAVE) & Majlis Taklimat kepada Pengamal Media mengenai Perlaporan Selamat dan Bertanggungjawab Berkenaan isu bunuh diri.     Tim MeCare turut dijemput untuk aktiviti pameran dalam program tersebut.       Program ini dirasmikan oleh …

Perasmian Program Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope (MySAVE) Read More »

Salam Ma’al Hijrah 1445H

Hijrah itu melibatkan perjalanan yang panjang. Dari satu tempat, menuju ke satu tempat lain.Begitu juga kesembuhan, melibatkan perjalanan yang panjang, pengorbanan yang besar.Tidak tahu bila dan bagaimana akan tiba ke destinasinya, tapi kita boleh hargai setiap tapak menuju ke arahnya.Berat, letih, lesu. Namun setiap langkah tersebut besar maknanya.Teruskan melangkah, usah mengalah.Selamat tahun baharu 1445 Hijrah …

Salam Ma’al Hijrah 1445H Read More »

Sifat Pelupa

Masalah mental bukan sahaja melibatkan perasaan, tetapi juga kemampuan kognitif. Fenomena SIFAT PELUPA(forgetfulness) boleh berlaku dalam banyak situasi seperti stres, kemurungan, keresahan dan lain-lain. Ada ketika, ia adalah keadaan yang normal yang berlaku disebabkan peningkatan usia atau faktor pengurusan.    Namun jika gejala sifat pelupa ini hadir bersama masalah-masalah lain seperti gangguan tidur, gangguan selera …

Sifat Pelupa Read More »

Mesyuarat Khas sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023

Pada 16 Julai 2023, ahli jawatankuasa MeCare bagi sesi 2022/2024 mengadakan mesyuarat khas untuk berbincang mengenai aktiviti sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober, dan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang disambut pada 10 September setiap tahun. Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia bagi tahun 2023 masih mengekalkan tema peringkat kebangsaan iaitu “Bertindak …

Mesyuarat Khas sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023 Read More »

Shopping Basket
Scroll to Top