Benak aku umpama terkurung
Kiri kanan dihimpit dinding-dinding
Kesangsian..
Terasing…
Kebuntuan membuat aku Agresif dalam ketakutan
Terkadang Ilusi aku dibisik dan dirisik
Oleh suara yang timbul tenggelam
Menitah dan Memerintah
Fikiran
Hati
dan Emosi..
Arghhhhhhhh!!!!!!
Sesak dada ini..
Dengan kemurungan menerjah,
Mencipta Amarah dan Gelisah,
Menyongsong kehidupan tanpa arah,
Bagai Ingin Mati dan Bunuh Diri..
Wahai Dunia!!!!!
Dengarkanlah luahan ini,
Fahamilah bicara ini..
Aku butuh perhatian dan sokongan
Dari jiwa Manusia yang punya kasih sayang..
Agar Fikiran,
Hati dan Emosi aku tidak terus tersakiti..
Pimpinlah langkah aku kembali kepada
Tuhan
Biar ampuh Rohani dan Jasmani
Dalam menakluki kesengsaraan Mental ini
Hingga aku bebas dari rasa dibelenggu
Oleh rantai Buntu dan Keliru…
-Mohd Haniff Romainoor
8 Sept 2023
Universiti Malaya
