PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “BANGKIT”

Malam siang terasa suram

Ketakutan sering membungkam

Resah bertandang menusuk hati

Berbaur resah ketakutan menyalahi diri

Rasa bersalah segala dosa meniti memori

Lena berteman igauan mimpi ngeri

Bersatu resah, sakitnya tiada terperi

Betemu buntu tiada siapa bisa membantu

Langkah lemah celaru hala tuju

Bisikan datang bertalu-talu

Katanya aku perlu menghabiskan waktu

Caranya pisahkan jasad dengan rohku

Ingin ku luah tiada siapa mendengar

mencari jalan keluar

Dari rasa ini yang hadir tanpa sedar

Badan bergetar, dada berdebar

Bayangan pelik berlegar-legar

Adakah aku mampu sedar dari terus terlantar?

Akhirnya aku jumpa sinar dihujung jalan

Ada tangan yang sudi menghulur bantuan

Semangat kata diberi tanpa segan

Membawaku kembali mengenal tuhan

Baruku sedar dari pukauan syaitan

Yang hampirku mati dalam kekufuran

Aku ingin berubah

Membina kembali impian yang musnah

Demi sebuah kehidupan yang lebih indah

Menikmati dunia dengan segala yang berfaedah

Aku tidak lagi menyendiri

Bangkit lebih berani

Pagi itu

Mentari menyinar tersenyum padaku

Aku punya harapan baru

Aku hari ini bukan lagi yang dahulu

Kerana kini aku punya halatuju

Kerana dunia ini sementara

Ingin ku kembali pada Sang Pencipta

Dengan cara yang diredhai-Nya

 

-Na’imah Binti Jaafar

Kuantan

9 September 2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top