Sakit mental itu sendiri merupakan satu penyakit yang tidak nampak. Lukanya tidak tertengok, parutnya tidak kelihatan, perjuangannya dalam diam.
Begitu juga bila berbicara mengenai proses kesembuhan
Mungkin orang hanya memandang pesakit sebagai individu yang tidak berusaha untuk sembuh, hakikatnya setiap saat, setiap detik ada pergelutan melawan pemikiran yang berlebihan, kerisauan yang tiada penghujung, suara-suara menyalahkan diri sendiri, bisikan-bisikan untuk menamatkan hidup.
Apa yang kelihatan di mata manusia, pesakit sebagai sebatang tubuh yang berwajah suram, sukar senyum, melekat di tilam, prestasi kerja/pelajaran menjunam, isolasi dari masyarakat dan keadaan diri tidak terurus.
Selepas beberapa bulan mendapatkan rawatan dan sokongan yang sewajarnya, pesakit mungkin nampak dalam keadaan yang sama secara fizikalnya, tapi hakikatnya kejayaan demi kejayaan dalaman yang mungkin orang tidak nampak.
‘Overthink’ sudah berkurang = tidak kelihatan.
Tiada lagi pemikiran bunuh diri = tidak kelihatan.
Berkurang perasaan serbasalah yang keterlaluan = tidak kelihatan.
Tumpuan membaca lebih bertambah = tidak kelihatan.
Dan banyak lagi kesembuhan yang tidak jelas di mata manusia.
Kerna sesungguhnya, kesembuhan itu satu proses.
Raikanlah setiap satu perkembangan yang ada.
Teruskan rawatan dan perjuangan.