Karya

RAMADAN & RAYA

 

Kongsikan pengalaman/ perasaan/ harapan 

anda sebagai pesakit atau penjaga pesakit mental!

 
 

Pengalaman perayaan bagi pesakit mental/ penjaga mungkin ada perbezaan daripada individu lain.

Masyarakat luar tidak faham kerana kurang pendedahan. 

Oleh itu, kongsikan penulisan berkenaan pengalaman / perasaan anda untuk menghadapi Ramadan dan musim perayaan.

Moga secebis usaha ini dapat membantu masyarakat memahami keadaan pesakit yang bergelut dengan masalah kesihatan mental, seterusnya membantu dalam menokhtahkan stigma berkaitan kesihatan mental.

 

Tarikh akhir penyertaan .

  1. Cabaran melaksanakan ibadah ketika Ramadan & raya dan tips berhadapan dengannya.
  2. Cabaran untuk bertemu dengan orang ramai ketika musim perayaan & tips menghadapinya.
  3. Perkara yang orang awam perlu faham berkenaan gejala yang dihadapi oleh pesakit mental.
  4. Pengalaman berhadapan dengan kesan sampingan rawatan ketika Ramadan / raya.
  5. Kerisauan / kegusaran yang dihadapi untuk orang awam faham realiti sebagai pesakit / penjaga pesakit mental.
  6. Berhadapan dengan faktor pencetus (triggering factor) & daya tindak yang baik.
  7. Pengalaman Ramadan & raya terdahulu yang sesuai.
  8. Harapan bersempena Ramadan dan musim perayaan.
  9. Apa-apa yang bersesuaian.
  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  2. Karya yang dihantar perlulah menggunakan Bahasa Melayu.
  3. Karya mestilah asli mengikut pengalaman sendiri.
  4. Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negatif kepada mana-mana pihak yang dinamakan.
  5. Anda boleh menggunakan nama sendiri atau secara tanpa nama (anonymous) sebagai nama pena.
  6. Pengalaman / pandangan yang mengandungi unsur sensitif akan diletakkan secara tanpa nama.
  7. Perkongsian yang sesuai akan dikongsikan secara umum untuk bacaan orang awam.
  8. Penyertaan dari pengalaman peribadi dan sudut perspektif pejuang kesihatan mental sangat dialukan.
  9. Karya yang dihantar mungkin akan disunting mengikut kesesuaian.
  10. Karya yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur berhak menyunting, mencetak dan menerbitkan karya tersebut.
  11. Penyertaan terpilih akan menerima hadiah misteri dan duit raya!
  12. Penulisan maksima 1,000 patah perkataan.

Maklumat lanjut/ persoalan, hubungi admin menerusi WhatsApp

BORANG PENYERTAAN

Borang Penulisan Ramadan & Perayaan

Shopping Basket
Scroll to Top