Tahukah anda, anhedonia merupakan salah satu gejala yang ‘common’ bagi penyakit-penyakit mental seperti kemurungan, anxiety, skizofrenia dan lain-lain.
Gejala ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja, namun pengambilan ubatan seperti anti-kemurungan mampu mengurangkan symptom yang dialami.
Sebagai contoh, anda seorang yang sangat suka untuk melakukan kerja sukarelawan. Tetapi, ada satu hari tu tiba-tiba rasa tak mahu buat apa-apa, sekadar ingin baring dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa.
Perkara ini boleh jadi normal, tetapi, jika anda mengalami gejala ini beserta gejala-gejala lain yang mempengaruhi kehidupan seharian, anda boleh dapatkan bantuan di mana-mana fasiliti kesihatan berdekatan.
Sekiranya perlukan bantuan, sertai kumpulan sokongan psikososial di Facebook (https://www.facebook.com/groups/depressionsurvivorsmalaysia) atau hubungi Talian HEAL 15555 untuk bercakap dengan kaunselor dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA