BERMINAT UNTUK MENJADI SUKARELAWAN KEMPEN CAKNA23?

Kempen Cakna Kesihatan Mental (CAKNA) merupakan kempen yang dianjurkan oleh MeCare bersama beberapa rakan kerjasama setiap tahun sejak tahun 2018 untuk menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.
Antara aktiviti yang pernah dilakukan adalah advokasi kesihatan mental secara dalam talian, webinar, kempen jalanan dan aktiviti kemuncak iaitu Chit Chat Kesihatan Mental.
Untuk tahun 2023, kempen ini akan berlangsung dari bulan Ogos hingga Oktober 2023, jadi komitmen sukarelawan penggerak diperlukan dari Julai 2023 hingga November 2023. Kempen akan dijalankan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.
Maklumat lanjut mengenai Kempen Cakna Kesihatan Mental, boleh layari www.mecare.my/cakna23
SKOP TUGASAN
Jika anda terpilih sebagai sukarelawan untuk Kempen Cakna 2023, anda akan diberikan tugas khusus seperti di bawah. Anda boleh memilih jawatankuasa yang anda kehendaki, namun tugasan yang anda akan terima mungkin berbeza dengan pemilihan anda bergantung kepada kekosongan dan juga pengalaman/kepakaran.
Selain itu, setiap sukarelawan yang terpilih turut mempunyai tugasan umum sebagai anggota pasukan sukarelawan penggerak Cakna23.
PENYELARAS PROGRAM
- Menyusun atur cara CAKNA 23 dan memastikan program berjalan dengan baik seperti yang dirancang.
- Menyediakan pelan induk (Master Plan) bagi Chit Chat Kesihatan Mental (CCKM).
- Memastikan setiap perubahan dalam atur cara diketahui oleh semua jawatankuasa.
- Menyediakan borang pendaftaran bagi CCKM.
- Menyediakan platform yang sesuai untuk berkomunikasi dengan peserta.
- Menyediakan borang maklum balas serta membuat laporan analisis.
- Menyediakan teks pengacara majlis dan moderator.
LOGISTIK & TEKNIKAL
- Berurusan dengan lokasi kempen jalanan.
- Berurusan dengan lokasi CCKM.
- Menyediakan dan memastikan peralatan elektronik dan teknikal dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
- Mengetuai perlatihan (rehearsal) sebelum CCKM.
- Menyediakan susun atur program CCKM.
- Menguruskan dan mengendalikan parkir VIP, penceramah dan peserta.
TAJAAN & KATERING
- Menyediakan senarai & berurusan dengan syarikat/organisasi yang bersesuaian untuk mendapatkan dana tajaan.
- Menyediakan pakej tajaan & kandungan profil kempen.
- Urusan surat menyurat permohonan tajaan.
- Bekerjasama dengan bendahari untuk kemaskini kewangan semasa.
- Mengumpul logo, video korporat dan perkara yang diperlukan daripada pihak penaja (Jika berkenaan).
- Mendapatkan dan menjaga hal ehwal katering semasa program.
TUGAS-TUGAS KHAS
- Menyediakan cenderahati sepanjang kempen.
- Menguruskan t-shirt sukarelawan dan pembelian t-shirt kempen.
- Menyediakan bahan keperluan peserta seperti doorgift, bahan bercetak.
- Menyediakan kandungan buku program.
- Menguruskan sijil dan hadiah sepanjang kempen.
- Menyediakan tag nama AJK.
MEDIA & PUBLISITI
- Menyediakan templat reka bentuk berdasarkan tema dan konsep UTAMA kempen.
- Menyediakan poster dan promosi berterusan di media sosial dan laman rasmi.
- Menyediakan bahan cetak mengikut keperluan.
- Menyediakan montaj pembukaan CCKM.
- Mereka bentuk sijil, bunting, tag nama, profil kempen, buku program.
- Berhubung dengan media massa untuk tujuan promosi.



Syarat
- Berusia 18 tahun ke atas.
- Boleh memberi komitmen dari bulan Julai 2023 hingga November 2023.
- Mampu bekerja secara berpasukan.
- Mempunyai sikap ingin belajar yang tinggi.
- Keutamaan diberikan kepada yang tinggal di Lembah Klang.
Manfaat
- Meningkatkan jaringan dengan individu / organisasi berkaitan kesihatan mental.
- Mata CPD untuk kaunselor berdaftar
- Meningkatkan skil komunikasi dan perhubungan awam.
- Mendapat sijil dan cenderahati program.
- Kemahiran menguruskan program berskala besar.