Pada 16 Julai 2023, ahli jawatankuasa MeCare bagi sesi 2022/2024 mengadakan mesyuarat khas untuk berbincang mengenai aktiviti sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober, dan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang disambut pada 10 September setiap tahun.
Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia bagi tahun 2023 masih mengekalkan tema peringkat kebangsaan iaitu “Bertindak Segera Harapan Terbina”, yang digunakan sejak tahun 2021. Manakala Tema Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 pula bertema “Mental Health is a Universal Human Right”.
Hasil analisa program-program lepas, kekuatan dan kemampuan yang ada, keperluan semasa, syukur beberapa aktiviti telah dapat diputuskan. Semoga aktiviti-aktiviti ini akan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai yang memerlukan di luar sana.
Informasi lanjut mengenai Kempen Cakna Kesihatan Mental 2023 boleh diikuti daripada pautan http://mecare.my/cakna23.