KEMPEN CAKNA KESIHATAN MENTAL 2023 (CAKNA23)

MENGENAI KEMPEN CAKNA

Kempen Cakna Kesihatan Mental (CAKNA) merupakan kempen yang dianjurkan oleh MeCare bersama beberapa rakan kerjasama setiap tahun sejak tahun 2018 untuk menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

Antara aktiviti yang pernah dilakukan adalah advokasi kesihatan mental secara dalam talian, webinar, kempen jalanan dan aktiviti kemuncak iaitu Chit Chat Kesihatan Mental.

OBJEKTIF UTAMA

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023

Menyokong sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun. Tema tahun 2023 ialah "Mental health is a universal human right".

Nokhtahkan stigma

Stigma mengenai kesihatan mental masih lagi tinggi. Pendidikan kesihatan mental di fokuskan demi mencapai sifar stigma dan mewujudkan masyarakat yang celik kesihatan mental.

Ruangan sukarelawan

Antara aspek penting dalam kesejahteraan kesihatan mental ialah elemen menyumbang kepada masyarakat. Oleh itu, sukarelawan dipelawa untuk menyumbang bakti dalam usaha advokasi.

Normalisasi perbincangan kesihatan mental

Harapan kepada individu yang berjuang dalam diam, bahawa berhadapan dengan krisis kesihatan mental bukanlah satu kelemahan, seterusnya mewujudkan insan cakna.

AKTIVITI

JUALAN CENDERAHATI

CHIT CHAT KESIHATAN MENTAL 2023

CCKM 2023

HANTARAN INFOGRAFIK #NOKTAHKANSTIGMA

KEMPEN JALANAN

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Jumaat

22 September 2023

11.00am – 3.00pm

 

Taman Tasik Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur

Sabtu

30 September 2023

8.00am – 11.00am

Dunia boleh bebas daripada stigma kesihatan mental. Marilah bersama-sama menjadi sebahagian agen dalam usaha tersebut.
Cik Siti Nurdhaliah binti Mohd Dalee
Pengarah, Kempen Cakna Kesihatan Mental 2023

AKTIVITI KEMUNCAK KEMPEN CAKNA KESIHATAN MENTAL 2018 - 2022

rakan kerjasama
rakan media

Syarikat / Organisasi yang berminat menjadi RAKAN PENAJA adalah dipelawa untuk bersama kami.

Hubungi: .

Kempen Cakna Kesihatan Mental 2023

"Kesihatan Mental Milik Semua, Hapuskan Stigma"

Shopping Basket
Scroll to Top