“Aku ni buat apa-apa semua tak jadi. Memang aku langsung tak berguna. 🙂”
“Aduhhh! Kalau aku tak dapat kerja ni, mesti orang akan ingat aku ni pemalas. lepastu hidup merempat pula. 😫”
“Aku bukan taknak bawa kereta ni. Tapi, kalau aku bawa lepastu aku accident macam mana? Kalau accident, jalan jem, lepastu viral, lepastu habislah family aku tahu. 😨”
Contoh monolog dan situasi tersebut mungkin ada antara kita pernah rasai.
Jika ya, anda mungkin tertanya apa yang sedang terjadi dan adakah pemikiran tersebut normal?
Mempunyai pemikiran yang negatif sebenarnya boleh mempengaruhi perasaan dan tingkahlaku kita.
Tahu tak sebenarnya kita boleh belajar fahami, teroka seterusnya mendalami macam mana pemikiran yang tidak membantu ini boleh terbina dan macam mana nak atasinya?
Okay jom!
Ikuti Siri Kesembuhan Holistik (Sesi 6) yang akan membincangkan daripada aspek psikologi iaitu berkenaan ‘Unhealthy Thinking Style’ bersama Saudara Aiman Amri, seorang Mental Health Advocate, HRD Corp Certified Trainer dan juga Bendahari MeCare.
Sesi tersebut akan berlangsung pada ketetapan berikut:
Tarikh: 21 Julai 2023 (Jumaat)
Masa: 8.30 – 10.00 malam
Medium: Facebook Malaysian Mental Care Association – MeCare (https://fb.me/mecare.my), Hello Doktor (https://fb.me/HelloDoktorMY) dan Depression Survivors Malaysia (https://fb.me/DepressionsurvivorsMY)
Psst! Hadiah cabutan bertuah menarik menanti anda!
#SiriKesembuhanHolistik
#dsmaktiviti