Pada 16 Jun 2023 yang lalu, tim MeCare bersama dalam program kesedaran kesihatan mental ‘Nurturing Mental Health’ dengan kerjasama Pelajar Sarjana Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal, UPSI dan University Of Geomatika Malaysia (UGM).
Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan sesi ceramah kesihatan mental daripada pelajar Sarjana Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal UPSI, dan juga perkongsian pengalaman sebagai pemandiri daripada Saudari Nurus Saadah Binti Ahmad Suhim yang merupakan wakil daripada MeCare.
Perkongsian daripada Saudari Nurus Saadah, mantan Setiausaha MeCare yang merupakan pejuang kemurungan major (MDD)
Program ini telah berlangsung di UGM Setiawangsa Kuala Lumpur yang melibatkan lebih 70 orang kakitangan dan pelajar Universiti Geomatika (UGM).
Tahniah dan erima kasih kepada semua yang terlibat!
Semua urusetia terdiri daripada Pelajar UPSI, wakil UGM dan wakil MeCare
Para peserta yang sedang kusyuk menyaksikan perkongsian
Setiausaha MeCare, Cik Siti Nurdhaliah menerima cenderahati daripada Encik Mustafa selaku kaunselor UGM ditemani oleh Pengarah program, Saudari Airien Sofea.