Sifat Pelupa

Masalah mental bukan sahaja melibatkan perasaan, tetapi juga kemampuan kognitif.

Fenomena SIFAT PELUPA(forgetfulness) boleh berlaku dalam banyak situasi seperti stres, kemurungan, keresahan dan lain-lain. Ada ketika, ia adalah keadaan yang normal yang berlaku disebabkan peningkatan usia atau faktor pengurusan. 

 

Namun jika gejala sifat pelupa ini hadir bersama masalah-masalah lain seperti gangguan tidur, gangguan selera makan, perasaan sedih yang berpanjangan, perasaan bersalah tanpa sebab yang kukuh, anda boleh dapatkan bantuan di fasiliti kesihatan berdekatan. 

Antara tips yang boleh dibuat untuk berhadapan dengan masalah ini adalah untuk mencatat perkara-perkara penting di tempat yang selalu dilihat, menetapkan jam loceng atau menggunakan perisian untuk memberi peringatan seperti Google Calendar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top