Laporan Aktiviti SurCle Julai Edisi Jalinan Mesra

SurCle Julai: Edisi Jalinan Mesra telah berlangsung dengan penuh rasa dan warna di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Kali ini, pendekatannya sedikit berbeza kerana kami menggabungkan elemen seni sebagai ruang ekspresi dan refleksi diri. Aktiviti mewarna bukan sahaja memberi ketenangan, tetapi membuka peluang kepada peserta untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati dengan cara yang selamat dan tidak menghakimi.

Ramai peserta hadir dengan pelbagai latar emosi, dan ruang yang dibina ini memberi mereka peluang untuk berhenti sejenak, bernafas, dan rasa diterima. Ada yang pertama kali menyertai SurCle, tetapi cepat menyesuaikan diri kerana suasana yang mesra dan komuniti yang memahami. Mereka turut menyatakan rasa seronok dan ingin terus terlibat, malah ada yang menunjukkan minat untuk berkolaborasi dalam sesi akan datang.

Sesi kali ini juga turut dirasai sebagai ruang healing bagi sebahagian sukarelawan yang telah melalui fasa mencabar dalam tempoh sebulan kebelakangan ini. Walaupun hadir sebagai penganjur, mereka turut mendapat manfaat emosi daripada suasana yang tenang dan sokongan yang terbina secara semula jadi sepanjang sesi berlangsung.

Secara keseluruhan, SurCle kali ini berjalan dalam suasana ringan tetapi penuh makna. Setiap perbualan kecil, setiap sentuhan warna dan setiap hela nafas yang dikongsi menjadikan hari itu sesuatu yang sukar dilupakan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjadikan sesi ini sebagai ruang yang selamat dan bermakna untuk semua. Kami berharap agar SurCle akan terus jadi tempat untuk sesiapa saja yang sedang mencari ruang selamat untuk pulih.

Anjuran:
Malaysian Mental Care Association – MeCare
Depression Survivors (Malaysia)

Disokong Oleh:
Yayasan Hasanah
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Kementerian Kewangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top