HEBAHAN PROGRAM BULATAN MEKAR (JULAI 2025)

“Kalau kita cakap salah, nanti dia terasa. Tapi kalau kita diam, dia rasa tak disayangi. Kita nak bantu, tapi kadang-kadang tak tahu macam mana.”

Pernahkah anda berada dalam situasi seperti ini?

Ramai ahli keluarga dan penjaga pernah berada di persimpangan ini; nak menenangkan, tapi takut menyakitkan. Nak memahami, tapi tak tahu apa yang patut dikatakan.

Dalam keadaan begini, komunikasi bukan lagi sekadar pertukaran kata. Ia menjadi jambatan penting dalam proses pemulihan dan hubungan yang sihat.

Jika anda seorang penjaga atau ahli keluarga kepada individu yang sedang berdepan dengan isu kesihatan mental, modul ini direka khas untuk anda.

📌 Modul 6: Peranan Keluarga – Komunikasi Berkesan
📅 Tarikh: 20 Julai 2025 (Ahad)
🕘 Masa: 9.30 pagi – 11.30 pagi
📍 Platform: Google Meet (pautan akan diberikan kepada peserta yang berdaftar)

💬 Dalam modul ini, peserta akan didedahkan kepada pendekatan komunikasi yang lebih empatik dan efektif dalam kalangan ahli keluarga. Modul ini membantu penjaga membina hubungan yang sihat dan menyokong proses pemulihan insan tersayang.

🔗 Maklumat lanjut & pendaftaran: https://mecare.my/mekar

💰 Yuran Komitmen:
RM10 (Ahli MeCare) | RM15 (Bukan Ahli)
📣 Tempat terhad. Daftar segera dan perkukuhkan peranan anda dalam membina keluarga yang saling menyokong dan memahami.

Anjuran:
Malaysian Mental Care Association – MeCare
Depression Survivors (Malaysia)

Disokong Oleh:
Yayasan Hasanah
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Kementerian Kewangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top