📅 17 Julai 2025 (Khamis)
🕣 8.30 malam hingga 9.30 malam
📍 TikTok Live di @mecare.my
“Macam mana nak bantu orang yang kita sayang tanpa buat mereka rasa dikawal?”
“Patut ke saya tanya… atau biar je dia sendiri cerita?”
Ramai penjaga dan ahli keluarga bergelut dengan persoalan-persoalan ini.
Dalam sesi kali ini, kita bersama:
🎙 Nordiana binti Mustapa
Moderator, Depression Survivors Malaysia (DSM)
juga seorang penjaga yang akan berkongsi dari kaca mata seorang insan yang menyokong orang tersayang melalui perjalanan kesihatan mental.
Apa yang akan dibincangkan?
🔹 Bagaimana membina sokongan yang empati tanpa melanggar sempadan peribadi
🔹 Peranan penjaga semasa krisis emosi
🔹 Kepentingan menjaga diri sendiri semasa menjaga orang lain
Luangkan masa bersama kami dalam sesi santai dan bermakna ini – setiap malam Khamis di TikTok Live @mecare.my.
Jumpa nanti!


