Artikel

Artikel mengenai ksedaran kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

Selamat Hari Wanita 2024

Wanita & Kesihatan Mental Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara globalnya dalam kalangan wanita berusia 15-29 tahun, bunuh diri merupakan punca kedua tertinggi kematian di dunia selepas masalah berkaitan fasa kehamilan dan melahirkan. Walaupun bilangan lelaki yang mati disebabkan bunuh diri lebih tinggi, namun penyakit mental lebih cenderung dihadapi oleh wanita. Oleh itu, para wanita juga perlu […]

Selamat Hari Wanita 2024 Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “BADAI DI LUAR JENDELA”

Angin petang menghembus laju, Cuaca redup menambah sayu, Dingin walau tidak bersalju, Memotretkan hati yang terbuku, Dengan rasa sunyi dan pilu.   Sesekali angin menerpa kembali, Bayu sejuk menyelubungi diri, Fikiran mula melayang pergi, Mengenang diri tidak berbudi, Racun akal mula menguasai.   Air mata mengalir ke pipi, Rintik hujan seakan mengerti, Menanti akan terbitnya

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “BADAI DI LUAR JENDELA” Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “CHESS”

Aku ini apa Dilayan tidak ubah seperti permainan Aku diangkat setingginya Yang sebenarnya hanya mengikut rentaknya pergerakannya. Dibawa harapan yang sepertinya tidak pernah berlaku Rupanya diangkat untuk ditembak oleh penembak yang jitu Bahkan seperti dapat menjangkanya Aku masih bertahan di situ tidak berbuat apa- apa Aku masih mengharap ada perubahan akan berlaku Seperti ingin membalas

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “CHESS” Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “9 TAHUN MENJADI PEMANDIRI”

9 tahun menjadi pemandiri Kukenal mana kawan mana bukan Jatuh dan bangun Tangis dan senyum Naik dan turun Kudengar jeritan halusinasi Menghentak hina ke dalam diri Kuat ia menjerit Seakan harapan langsung tiada Buat terpuruk di sisi katil Kurasa seperti dikenali Mata mereka yang sinis menjeling Tawa yang terhumbar Kuat menyentakku ketakutan Kenapa? Namun Keluarga

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “9 TAHUN MENJADI PEMANDIRI” Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “BANGKIT”

Malam siang terasa suram Ketakutan sering membungkam Resah bertandang menusuk hati Berbaur resah ketakutan menyalahi diri Rasa bersalah segala dosa meniti memori Lena berteman igauan mimpi ngeri Bersatu resah, sakitnya tiada terperi Betemu buntu tiada siapa bisa membantu Langkah lemah celaru hala tuju Bisikan datang bertalu-talu Katanya aku perlu menghabiskan waktu Caranya pisahkan jasad dengan

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “BANGKIT” Read More »

Israk Mikraj 1445H

Sama-sama kita mengambil ibrah daripada peristiwa yang menujukkan kekuasaan Allah melalui Nabi Muhammad SAW.Semoga dengan penghayatan kepada kisah tersebut dapat meningkatkan lagi keimanan dan pergantungan kita kepada Allah dalam merawat sebarang luka yang nampak atau pun tidak. Salam Israk Mikraj, 27 Rejab 1445H.

Israk Mikraj 1445H Read More »

Hari Kanser Sedunia 20

4 Februari setiap tahun merupakan sambutan Hari Kanser Sedunia. Tema peringkat kebangsaan bagi tahun 2024 ini ialah “Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser” untuk mengajak kita seluruh lapisan masyarakat memainkan peranan dalam usaha pencegahan dan pendidikan berkaitan kanser supaya pesakit mendapat tahap kesihatan yang maksimum tanpa halangan dan batasan. Pesakit kanser dan penjaga pesakit kanser mengalami beberapa

Hari Kanser Sedunia 20 Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “KESEMPURNAAN”

Kesempurnaan bukan milik insan, Kesempurnaan hanya milik tuhan, Jangan dicari kesalahan, kerana insan pasti berdosa, Walau garam dan gula sama warna, Tapi lidah bisa mengenal Disaat rebah, resah gelisah, Hanya tuhan tahu segala, bermohonlah pada yang Esa. Tuhan memberi pada waktu yang sesuai denganmu, Bukan setelah doamu usai, Jangan ditagih belas insan Setelah racun membisa

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “KESEMPURNAAN” Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “SUARA HARAPAN”

Benak aku umpama terkurung Kiri kanan dihimpit dinding-dinding Kesangsian.. Terasing… Kebuntuan membuat aku Agresif dalam ketakutan Terkadang Ilusi aku dibisik dan dirisik Oleh suara yang timbul tenggelam Menitah dan Memerintah Fikiran Hati dan Emosi.. Arghhhhhhhh!!!!!! Sesak dada ini.. Dengan kemurungan menerjah, Mencipta Amarah dan Gelisah, Menyongsong kehidupan tanpa arah, Bagai Ingin Mati dan Bunuh Diri..

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “SUARA HARAPAN” Read More »

Shopping Basket
Scroll to Top