PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “CHESS”

Aku ini apa

Dilayan tidak ubah seperti permainan

Aku diangkat setingginya

Yang sebenarnya hanya mengikut rentaknya

pergerakannya. Dibawa harapan yang sepertinya tidak pernah

berlaku

Rupanya diangkat untuk ditembak oleh

penembak yang jitu

Bahkan seperti dapat menjangkanya

Aku masih bertahan di situ tidak berbuat apa- apa

Aku masih mengharap ada perubahan akan

berlaku

Seperti ingin membalas dendam kepada diriku

kerana tertipu.

 

Aku ini apa

Otak aku hanya seperti perhiasan

Dibudak-budakkan dengan pemikiran

Seperti tidak mampu berpikir apa-apa

Esoknya, aku masih mencuba seperti tidak

berlaku apa-apa. Apabila malam berganti siang aku tetap

mendekatinya

Bagai akar pokok oak di dalam hutan paling

dalam

Aku ini apa

Harapan seperti hari pertama

Harapan yang seakan api dalam sekam

Semakin kuat menyala dan membara

Kau yang membakarnya

Akanku buat kau malu dengan permainanmu

sendiri

 

Apa rasanya dipermainkan

Dibawa ke langit untuk dihujani

Hati-hati dengan permainan yang kau

mainkan.

 

Yang paling faham peraturannya. Aku yang dilihat sebagai bayi

Bangkit melakar corak kemenangan

Menjadi juara pertandingan lawan.

 

-Raahimah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top