Admin

CHIT CHAT KESIHATAN MENTAL 2023

Acara kemuncak bagi Kempen Cakna Kesihatan Mental 2023, iaitu Chit Chat Kesihatan Mental 2023 (CCKM23) telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan pada 21 Oktober 2023 bertempat di @ncemh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) serta aplikasi Zoom Meeting. Pihak MeCare dengan penuh rasa syukur ingin menyatakan bahawa CCKM23 telah berjaya […]

CHIT CHAT KESIHATAN MENTAL 2023 Read More »

Kempen Jalanan Kesihatan Mental di Taman Tasik Permaisuri, Cheras.

Pada 30 September 2023, sukarelawan CAKNA23 bersama tim Hello Doktor dan Depresi Bukan Gila bergabung dalam melaksanakan Kempen Jalanan Kesihatan Mental yang kedua bagi menyebarkan tentang kesihatan mental kepada pengunjung di Taman Tasik Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur. Kempen jalanan ini dilaksanakan dari jam 8 pagi sehingga 11 pagi di sekitar taman tersebut. Pelbagai aktiviti menarik

Kempen Jalanan Kesihatan Mental di Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Read More »

Forum Minda Sihat Hidup Sejahtera NIOSH

Pada 1 November 2023 yang lalu, Puan Nur Areefah telah dijemput untuk berkongsi dalam Forum ‘Minda Sihat Hidup Sejahtera’.    Forum ini menggandingkan 3 orang ahli panel yang terdiri dari Puan Nur Areefah Che Ahmad Tantowi (Pengerusi MeCare),  Dr Nurashikin Ibrahim (Ketua Pusat Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH)), dan Prof Madya Dr Fatimah Yusoof (Association Professor,

Forum Minda Sihat Hidup Sejahtera NIOSH Read More »

Projek Harapan – Klinik Psikiatri Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang

Bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023, pihak MeCare dengan kerjasama @sukarelawansosialislam dari Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti @myjakim telah menjalankan Projek Harapan 2023 dengan mengedarkan bunga mawar kuning serta kad ucapan bertulis kata-kata semangat untuk memberikan sokongan moral kepada para pesakit yang mendapatkan rawatan dan kakitangan bertugas di Klinik Psikiatri Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang.Projek ini telah

Projek Harapan – Klinik Psikiatri Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang Read More »

Oktober 2023, Ulang Tahun MeCare ke-6

Secara rasminya, MeCare telah berdaftar pada 20 Oktober 2017, dan ini bermakna pada Oktober 2023, MeCare telah menyambut ulang tahun ke-6. Kami di pihak MeCare sangat menghargai jasa baik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan atas kesudian untuk memotong kek sebagai simbolik sambutan ulang tahun MeCare ke-6 semasa Acara Kemuncak Kempen Cakna

Oktober 2023, Ulang Tahun MeCare ke-6 Read More »

Video Pemenang Utama Pertandingan Video Pendek MySAVE2023

https://youtu.be/iajZ8zjsF-s?si=pFtfKzybSiz6QL1Y Video Pemenang Utama Pertandingan Video Pendek bagi Kempen Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope (MySAVE) sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023.   Tahniah diucapkan kepada Saudara Muhamad Daniel Adam bin Ayob yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00, e-sijil beserta plak pemenang.   Program anjuran: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Video Pemenang Utama Pertandingan Video Pendek MySAVE2023 Read More »

Menerima Sumbangan dari Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI)

Pada 6 Oktober 2023, pihak MeCare telah dijemput oleh pihak Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) @tijari.jais Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) @jaisel_official untuk menerima sumbangan kewangan bagi Projek Harapan yang telah berlansung di Klinik Psikiatri Hospital Sultan Idris Shah & Klinik Psikiatri Hospital Sultan Abdul Aziz Shah pada 14 September 2023 sempena Hari

Menerima Sumbangan dari Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) Read More »

Pertandingan Video Pendek sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023

Pemenang Pertandingan Video Pendek Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023

Tahniah kepada semua pemenang pertandingan Video Pendek bagi Kempen Malaysian Suicide Awareness Voice of Hope (MySave) sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023 yang dianjurkan pada September lalu. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti dalam kempen MySAVE anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, MeCare, AWAS Malaysia dan Yayasan ZuriatCARE. Tempat pertamaMUHAMAD DANIEL ADAM BIN AYOB Tempat keduaDATU MOHAMMAD RASHIDI BIN

Pemenang Pertandingan Video Pendek Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023 Read More »

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan akan dijalankan di The Curve Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada Ahad, 22 Oktober 2023. Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda! ✅Senaminda Vaganza ✅Gimik Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Modul MySAVE ✅Sidang Media Bersama YB Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa ✅Music Ted Talk Mental Health Bersama Aina

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan Read More »

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023

“Kesihatan Mental Milik Semua: Hentikan Stigma.” Begitulah tema Hari Kesihatan Mental 2023 peringkat Kebangsaan. Setiap individu mempunyai hak terhadap kesejahteraan mental yang baik tanpa dicemari oleh stigma. Jom bersama kami untuk kita sama-sama #NoktahkanStigma terhadap isu kesihatan mental dan membantu mereka yang memerlukan sokongan. Dan jangan lupa untuk sertai kami dalam usaha untuk menjadikan kesihatan

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Read More »

Shopping Basket
Scroll to Top