Pada 30 September 2023, sukarelawan CAKNA23 bersama tim Hello Doktor dan Depresi Bukan Gila bergabung dalam melaksanakan Kempen Jalanan Kesihatan Mental yang kedua bagi menyebarkan tentang kesihatan mental kepada pengunjung di Taman Tasik Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur.
Kempen jalanan ini dilaksanakan dari jam 8 pagi sehingga 11 pagi di sekitar taman tersebut. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan, termasuklah bergambar bersama plakad, luahan #NoktahkanStigma pada kertas berpelekat, permainan uji minda serta perkongsian dan edaran risalah infografik kesihatan mental.
Kempen ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengunjung yang bersolidariti dalam kesihatan mental baik yang muda mahupun yang sudah berusia. Para pengunjung juga berterima kasih kepada sukarelawan kerana menyebarkan isu kesihatan mental yang tidak lagi asing pada era sekarang bagi menoktahkan stigma yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
#NoktahkanStigma #KempenJalanan #Cakna23
