Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan akan dijalankan di The Curve Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada Ahad, 22 Oktober 2023.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
✅Senaminda Vaganza
✅Gimik Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Modul MySAVE
✅Sidang Media Bersama YB Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa
✅Music Ted Talk Mental Health Bersama Aina Abdul dan Dr Ann KE
✅Ekspresi Muzik Oleh Batteryheadz Percussion, Alif Satar & The Locos, Amir Jahari, Aina Abdul dan Dr. Ann KE
✅Pameran Agensi & Wakil NGO Tentang Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.
Maklumat lanjut, layari media sosial Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan .
Dan yang dinanti-nantikan oleh peserta Pertandingan Video Pendek: Bertindak Segera Harapan Terbina sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023, pengumuman pemenang bagi pertandingan tersebut.
Jumpa anda di sana!