“Kesihatan Mental Milik Semua: Hentikan Stigma.”
Begitulah tema Hari Kesihatan Mental 2023 peringkat Kebangsaan.
Setiap individu mempunyai hak terhadap kesejahteraan mental yang baik tanpa dicemari oleh stigma. Jom bersama kami untuk kita sama-sama #NoktahkanStigma terhadap isu kesihatan mental dan membantu mereka yang memerlukan sokongan.
Dan jangan lupa untuk sertai kami dalam usaha untuk menjadikan kesihatan mental milik semua samada pemandiri, penjaga, perawat mahupun masyarakat awam dengan menyertai acara kemuncak Kempen Cakna Kesihatan Mental 2023 iaitu Chit Chat Kesihatan Mental 2023 (CCKM23).
Layari https://mecare.my/cckm23 untuk maklumat lanjut mengenai acara kemuncak ini yang akan dirasmikan oleh Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.
Dilampirkan bersama, Fact Sheet berkaitan HENTIKAN STIGMA oleh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Kementerian Kesihatan Malaysia.