Pada 1 November 2023 yang lalu, Puan Nur Areefah telah dijemput untuk berkongsi dalam Forum ‘Minda Sihat Hidup Sejahtera’.
Forum ini menggandingkan 3 orang ahli panel yang terdiri dari Puan Nur Areefah Che Ahmad Tantowi (Pengerusi MeCare), Dr Nurashikin Ibrahim (Ketua Pusat Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH)), dan Prof Madya Dr Fatimah Yusoof (Association Professor, Counselling Psychology), dan Pn Siti Nurani Hassan (Pakar Teknikal NIOSH) sebagai moderator.
Program yang berlangsung di Dewan Refflesia NIOSH Bandar Baru Bangi ini merupakan sebahagian Program Minda Sihat Hidup Sejahtera yang telah disempurnakan oleh YB Tuan V. Sivakumar (Menteri Sumber Manusia) dan YB Dr Zaliha binti Mustafa (Menteri Kesihatan).
Tahniah diucapkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pusat Kecemeralangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dan Kementerian Sumber Manusia melalui Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) yang telah menandatangani perjanjian persefahaman bagi tujuan kolaborasi pemerkasaan kesihatan mental di tempat kerja.



