Hebahan Survivors Circle (SurCle) & Jamuan Berbuka Puasa

🌙 Survivors Circle (SurCle) & Iftar @ Masjid Besi Putrajaya🌙
 
Bulan Ramadan, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga… tapi menahan overthinking waktu sahur, serangan cemas di tengah tarawih, keletihan mental yang tak nampak di mata, dan rasa bersalah bila ibadah terasa berat. Bila orang lain rasa tenang, tapi dalam diri, ribut tak berhenti.
 
Oleh itu, mari sertai kami dalam ruang selamat untuk berkongsi cabaran dan juga perkongsian tips untuk berhadapan dengan isu-isu tersebut. Ini adalah peluang terbaik untuk kita bertemu muka, berkongsi kisah dan pengalaman hidup, serta merapatkan ukhuwah dalam suasana yang penuh keberkatan.
 
📅 Tarikh: 22 Mac 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 4.30 PM – 8.00 PM
📍 Lokasi: Masjid Besi, Putrajaya
🏧 Bayaran: RM10 (ahli MeCare) / RM15 (bukan ahli MeCare)
 
💬 Aktiviti yang menanti anda:
✔ Sesi SurCle Fizikal – Ruang selamat untuk berkongsi cerita tanpa sebarang penghakiman.
✔ Agihan kuih-muih kepada jemaah masjid.
✔ Iftar dalam suasana penuh silaturahim.
 
📌  Penyertaan terhad bagi memastikan keselesaan semua peserta.
 
🔗 Pendaftaran & maklumat lanjut: https://mecare.my/daftarsurcle
 
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama meraih keberkatan pada hari yang istimewa ini! 💖
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top