Sebagai wanita, banyak peranan yang mungkin terletak di bahu; sebagai ibu, anak, isteri, pekerja, pemimpin, pendidik, dan banyak lagi. Ramai wanita berusaha menjadi yang terbaik, tapi kadangkala keletihan dan cabaran tidak dapat dielakkan.
Dan dalam masa yang sama, realitinya masih ada wanita yang berdepan diskriminasi, keganasan, dan layanan tidak adil. Mengapa hak dan peluang kita masih dipersoalkan? Sudah tiba masanya untuk kita bersama mengubahnya.
Bertepatan dengan tema “Wanita Beraspirasi Membina Legasi”, mari kita turut bersama dalam hasrat agar lebih banyak ruang dan peluang yang setara. Ini bukan sekadar perjuangan wanita, tetapi perjuangan bersama seluruh anggota masyarakat termasuklah kaum lelaki, pimpinan, komuniti yang juga perlu menjadi sebahagian daripada perubahan ini.
Dan dalam mengejar impian, jangan abaikan kesejahteraan mental. Kita tidak perlu melakukan segalanya sendiri. Rehat bukan tanda kelemahan, tetapi keperluan agar kita terus maju dengan lebih kuat.
Untuk semua wanita di luar sana, ketahuilah bahawa anda dihargai, anda berhak untuk dihormati, dan anda mampu mencipta legasi yang bermakna.
SELAMAT HARI WANITA
8 Mac 2025
“Wanita Beraspirasi, Membina Legasi”