Di tengah jalan yang sesak, seorang insan terjatuh, bukan kerana dia mahu, tetapi kerana dunia sudah terlalu berat untuk dipikul.
Dia tidak meminta banyak, hanya segelas air, secebis belas. Namun, apa yang datang? Tendangan ke tubuhnya, hinaan ke maruahnya.
Kita berdiri, memandang tanpa rasa. Apa salahnya? Hanya kerana dia tersilap langkah, hilang haknya untuk dimanusiakan?
Apakah dosa menjadi individu yang berjuang dengan kecelaruan mental, sehingga dia dihukum seolah-olah bukan manusia?
Bukankah setiap daripada kita pernah terjatuh? Bezanya, kita bangkit kerana ada tangan yang menghulur.
Dia, hanya dihukum, ditinggalkan sendirian dengan luka yang lebih dalam daripada apa yang terlihat.
Wahai jiwa-jiwa yang pernah terluka, tidakkah kita belajar menjadi rahmah? Jika bertemu situasi ini lagi, pilihlah kasih. Hentikan tangan yang menghukum, mulakan tangan yang membantu.
Kerana dia juga manusia. Dan manusia itu, mungkin esok, adalah kita.