SurCle Julai Edisi Jalinan Mesra

Jom Luangkan Masa Untuk Diri Sendiri

Hujung minggu ini, kami menjemput anda semua tidak kira siapa anda atau apa jua latar belakang untuk menyertai program Jalinan Mesra bersama Survivors Circle (SurCle) Julai.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan harian hingga terlupa untuk memberi ruang kepada diri sendiri. Program ini merupakan ruang kecil yang kami sediakan. Ruang yang selamat, bebas daripada penghakiman, untuk kita saling mengenali, berkongsi, dan merehatkan minda.

📅 Tarikh: Ahad, 13 Julai 2025
🕘 Masa: 9 pagi hingga 12.30 tengah hari
📍 Lokasi: Kompleks Kraf Kuala Lumpur

💰 Yuran Pendaftaran:
Ahli MeCare: RM19
Bukan ahli MeCare: RM24

Yuran termasuk:
✔ Bayaran kemasukan ke Kompleks Kraf
✔ Aktiviti interaktif sepanjang program
✔ Goody bag eksklusif
✔ Makanan ringan

📌 Klik pautan ini untuk mendaftar: https://mecare.my/daftarsurcle

Tempat adalah terhad. Mohon daftar segera.

Anjuran:
Malaysian Mental Care Association – MeCare
Depression Survivors Malaysia

Disokong Oleh:
Yayasan Hasanah
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Kementerian Kewangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top