PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “KABUT DUKA”

Entahlah!

Jiwa bagai kabut, Perlu bahu untuk berpaut,

Ingin luah rasa kalut, Mahu hapus sukma ribut, Detak minda serabut.

Entahlah!

Anxiety yang menjarah, Makin teruk membarah, Rasa ingin rebah, Sarira terlalu lemah, Atma semakin gundah.

Entahlah!

Tidak jelas hati sendiri, Adakala ingin menyendiri, Lebih bahagia hidup sepi, Rasa bagai tenang hati, Agar sukma tidak mati.

Entahlah!

Harapan yang tidak padam, Agar sirna segala kelam, Bagai hapus gelap malam, Tida lagi jiwa suram, Senyumlah agar duka padam.

 

Entahlah!

 

Cuba jaya untuk kekar, Suntik positif agar berakar, Minda kelam semakin segar, Jiwa ribut jerba sinar, Bahagia sapa ceria berdegar.

 

Alhamdulillah!

 

Syukur jerba jua, Terima kasih sahabat syurga, Hadir di kala kabut duka, Hilang segala kisah luka, Hati suka hadir bahagia.

 

 

-Shimah Basri

26 Ogos 2023|6:30 petang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top