Adakah anda dihukum kerana berprestasi baik?

Adakah Anda Sedang Dihukum Kerana Berprestasi Baik?
 
Pernahkah anda merasa semakin baik anda bekerja, semakin banyak beban yang diletakkan di atas bahu anda?
 
 
Ini adalah performance punishment; iaitu keadaan apabila kerja keras anda dibalas dengan lebih banyak kerja, tanpa penghargaan setimpal.
 
Apa yang berlaku seterusnya? Keletihan. Kegelisahan. Dan akhirnya, BURNOUT.
 
Tidak adil rasanya, kan? 🤧
 
Anda cuba menjadi pekerja yang baik, tapi akhirnya anda sendiri yang merana. Kesihatan mental terjejas kerana tekanan yang terus menginjak.
 
Sudah tiba masanya kita berhenti menormalisasikan keadaan ini. Prestasi hebat patut dihargai, bukan dijadikan alasan untuk meletakkan lebih banyak beban.
 
Kesihatan mental anda lebih penting daripada segala tugas tambahan itu.
 
Perbincangan yang terbuka dengan rakan sekerja dan majikan boleh dilakukan agar anda tidak berterusan menjadi mangsa performance punishment.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top