Setiap hari bangun dengan rasa berat hati, minda penat hanya memikirkan bebanan di tempat kerja. Tapi di sebalik rasa nak menyerah itu, ada tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan; keluarga yang perlu disara, bil yang perlu dibayar, masa depan yang perlu dipertahankan.
“𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝, 𝙙𝙖𝙝 𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣”
… tapi bayangan beban tanggungjawab menahan langkah kita.
Jangan terlalu keras pada diri. Jika saat ini terasa berat, ingatlah anda tidak sendirian.
Kadang-kadang, bertahan adalah 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻. Tapi jangan lupa, 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗮𝗻 anda juga penting.
Teruslah mencari sinar, kerana anda berhak bahagia.
Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut untuk berhadapan dengan konflik yang dihadapi, hubungi Talian HEAL 15555 untuk bercakap dengan kaunselor daripada Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Kementerian Kesihatan Malaysia.