Ciri-ciri Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri

 

Berikut merupakan panduan untuk menyediakan laporan berkaitan tingkah laku bunuh diri:

 
1. Tidak menamakan mangsa secara terperinci
(nama, jantina, umur, tempat tinggal).
 
2. Tidak menerangkan cara/metode bunuh diri.
 
3. Menegaskan bahawa kes sedang dalam siasatan polis.
 
4. Saranan kepada masyarakat agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak pasti.
 
5. Saranan mendapatkan bantuan profesional atau hubungi talian bantuan sokongan emosi (Contoh: Talian HEAL 15555 dari @ncemhkkm ).
 
6. Menyertakan cara menangani krisis yang positif dan menggunakan mesej/ naratif yang menzahirkan harapan yang bunuh diri boleh dirawat dan dipulihkan.
 
7. Laporan yang sahih dan tepat.
 
8. Menggunakan ayat yang menjaga sensitiviti dan berempati.
 
9. Pelaporan yang berhati-hati dan tidak sensasi terutama dalam kes bunuh diri selebriti/pempengaruh.
 
 
Mari bersama kami dalam usaha pencegahan bunuh diri!
 
Sertai pertandingan video pendek untuk melayakkan anda memenangi hadiah wang tunai terkumpul lebih RM2,000!
 
Layari https://mecare.my/MySAVE23/ untuk maklumat lanjut.
 
#MySAVE #KempenMySAVE #StopSuicideCopycat #HentikanPelaporanTidakSelamat
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top