Pelaporan media yang tidak selamat berkaitan tingkah laku bunuh diri boleh mencetuskan kejadian bunuh diri yang berturutan (suicide contagion) dan peniruan cara/kaedah bunuh diri (suicide copycat).
Paparan imej mangsa/situasi bunuh diri boleh memberi kesan traumatik kepada ahli keluarga, kenalan dan masyarakat lain.
Pelaporan yang sensasi dan tidak sahih boleh menambahkan stigma terhadap isu kesihatan mental dan bunuh diri.
Ciri-Ciri Pelaporan Media yang Tidak Selamat & Bertanggungjawab yang Boleh Menyebabkan Peniruan Bunuh Diri
1. Kaedah yang terperinci, gambar beserta tempat kejadian.
2. Gambar/video yang mengerikan.
3. Menyatakan hanya satu penyebab kejadian bunuh diri.
4. Laporan yang sensasi & berulang-ulang.
5. Bunuh diri individu tersohor/selebriti/pempengaruh.
6. Maklumat yang kurang tepat & mitos tentang bunuh diri.
7. Laporan bertajuk sensasi dan menarik perhatian.
8. Memaparkan bunuh diri sebagai jalan penyelesaian.
—
Mari bersama kami dalam usaha pencegahan bunuh diri!
Sertai pertandingan video pendek untuk melayakkan anda memenangi hadiah wang tunai terkumpul lebih RM2,000!
Layari https://mecare.my/MySAVE23/ untuk maklumat lanjut.