SELAMAT HARI SUKARELAWAN SEDUNIA 2023

Apa makna sukarelawan bagi anda?

Bagi kami di MeCare, sukarelawan adalah antara tonggak utama bagi sesebuah pertubuhan atau organisasi.

Sukarelawan adalah seseorang yang sanggup meluangkan masanya kepada masyarakat, sudi mengerah keringat, bersama-sama dalam program secara sukarela, dalam masa yang sama memperolehi pelbagai pengalaman yang berbeza yang mungkin tidak akan di perolehi di tempat lain.

Menjadi sukarelawan dalam persatuan kesihatan mental tentunya berbeza berbanding menjadi sukarelawan dalam NGO lain, walaupun kesemuanya mengaitkan dengan kemasyarakatan. Pengalaman, perasaan dan bebanan yang dipikul mahupun dirasai, sama sekali menjadikan diri kita lebih cakna berkenaan emosi terutamanya terhadap individu yang memerlukan bantuan sokongan emosi.

“Saya rasa peliklah join sukarelawan MeCare ni, selalunya semasa sesi pascanilai (post-mortem) lepas habis program mesti akan ada gaduh. Tapi kat sini masing-masing memberi teguran yang baik dan harmoni.”

“MeCare ni umpama keluarga kedua saya, terima kasih untuk beberapa tahun ini.”

Begitulah antara perkongsian beberapa orang yang pernah menjadi sukarelawan kami di MeCare.

Di MeCare, mungkin kami tidak sempurna, tetapi andalah, sukarelawan MeCare yang menyempurnakan kami.

Terima kasih untuk enam tahun ini. Semoga kita dapat sama-sama berjuang dalam menoktahkan stigma kesihatan mental untuk mencapai misi bersama.

Doakan kami di MeCare, dan kami di MeCare juga mendoakan anda, agar terus sihat dan berjaya dalam setiap apa yang diceburi.

Bagi yang berminat untuk menjadi ahli MeCare, setiap pendaftaran sebelum 15 Disember 2023 akan menerima sehelai T-shirt secara percuma!
….

Selamat Hari Sukarelawan Antarabangsa,
5 Disember 2023.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top