CHIT CHAT KESIHATAN MENTAL 2023 (CCKM23)

MENGENAI CCKM23
Chit Chat Kesihatan Mental merupakan acara kemuncak bagi Kempen Cakna Kesihatan Mental 2023 bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia.
Ini adalah tahun ke-enam CCKM dilaksanakan dan setelah tiga tahun CCKM dibuat secara dalam talian, akhirnya CCKM kembali pada tahun 2023 secara hibrid iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian.
Slot sepanjang CCKM juga bukan biasa-biasa kali ini dengan membawakan #NoktahkanStigma, CCKM telah menyusun tiga slot berbeza istimewa kali ini tentunya untuk semua peserta berdaftar.
Tarikh: 21 Oktober 2023
Hari: Sabtu
Waktu: 8.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: HIBRID di Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Cyberjaya & ZOOM.
Kenapa anda perlu sertai secara fizikal?
- Bengkel yang interatif dan praktikal.
- Barisan penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.
- 2 Mata CPD ilmu dan kemahiran kepada kaunselor berdaftar.
- Mata MyCPD kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Sijil peringkat kebangsaan.
- Dilakukan secara fizikal di Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Cyberjaya.
- Cabutan bertuah hadiah misteri menanti anda!
- Berpeluang mengembangkan jaringan bersama individu yang terlibat dalam bidang berkaitan kesihatan mental.
Siapa yang patut sertai?
- Majikan
- Aktivis kesihatan mental
- Ahli kesihatan
- Kaunselor berdaftar (Mata CPD disediakan)
- Kakitangan KKM (Mata MyCPD disediakan)
- Pendidik dan tenaga pengajar
- Pesakit mental
- Penjaga pesakit
- Ahli badan bukan kerajaan
- Orang awam
Ceramah 'Burnout' : Mengatasi Lesu Upaya Bekerja
Sembang Santai Istimewa : #NoktahkanStigma
Bengkel 'Emotional First Aid'
TENTATIF

BARISAN PENCERAMAH DAN AHLI PANEL

LOKASI
PUSAT KECEMERLANGAN KESIHATAN MENTAL KEBANGSAAN (NCEMH), CYBERJAYA
Alamat:
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 6, Block B, Lingkaran Teknokrat 3 Barat, Quill 18, Cyberjaya, 63000 Sepang, Selangor.
APA KATA PESERTA CCKM2022???
Chit Chat Kesihatan Mental 2022
Chit Chat Kesihatan Mental 2022
Chit Chat Kesihatan Mental 2022
SOALAN LAZIM
Adakah sijil akan disediakan bagi aktiviti CCKM 2023?
Semua peserta layak menerima sijil peringkat kebangsaan.
Bolehkah saya menggantikan orang jika tidak dapat hadir pada saat akhir?
Sangat tidak digalakkan kerana maklumat sijil peserta adalah berdasarkan kepada maklumat pendaftaran.
Sekiranya saya mahu menarik diri sebagai peserta CCKM 2023, adakah saya akan mendapat pengembalian wang?
Tidak. Tiada pengembalian wang selepas pendaftaran dilakukan.
Adakah CCKM 2023 dilaksanakan secara bersemuka atau hibrid?
Di atas permintaan ramai, CCKM 23 pada kali ini akan dilaksanakan secara Hibrid di Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Cyberjaya & dalam talian (Aplikasi Zoom).
Saya telah mendaftar secara fizikal, bolehkah saya menukar ke mode secara dalam talian?
Tidak. Anda tidak dibenarkan menukar mode pendaftaran daripada fizikal kepada dalam talian, mahupun daripada mode dalam talian kepada mode secara fizikal.
Adakah makanan disediakan sepanjang CCKM 2023?
Ya. Makanan disediakan sebanyak 4 kali iaitu pada waktu sarapan, tengah hari, minum petang dan makan malam.
Apakah manfaat penyertaan bagi peserta fizikal dan secara dalam talian?
Rujuk poster berikut mengenai manfaat untuk penyertaan yang hadir fizikal di Cyberjaya dan penyertaan secara dalam talian.
Sila ambil maklum yang peserta dalam talian hanya akan menonton, dan tiada komunikasi langsung bersama para penceramah.
Adakah terdapat diskaun bagi yuran pendaftaran?
Ada. Anda boleh mengunakan kupon "MalaysiaCakna" bagi mendapatkan diskaun sebanyak RM20 bersempena Hari Malaysia. Namun begitu, kupon ini sah sehingga 20 September 2023 sahaja.
Adakah saya wajib membeli baju kempen untuk menyertai CCKM 2023?
Tidak wajib. Anda boleh membeli sebagai tanda sokongan kepada Kempen Cakna Kesihatan Mental (CAKNA23) bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.
Saya adalah seorang kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). Adakah penyertaan CCKM 2023 ini boleh mendapat mata Continous Professional Development System (CPD) LKM?
Ya. Setiap kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) layak memperoleh 2 mata di bawah Komponen Ilmu dan Kemahiran 1.
Adakah saya boleh mohon mata MyCPD di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Boleh. Namun demikian, buat masa ini hanya jawatan di bawah sahaja yang diluluskan untuk mata MyCPD KKM:
- Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) - 6 mata
- Ahli Psikologi Klinikal - 6 mata
- Ahli Terapi Cara Kerja - 6 mata
- Pegawai Psikologi (Kaunseling) - 6 mata
- Pegawai Psikologi (Umum) - 6 mata
- Juruteknologi Pergigian - 6 mata
- Pegawai Sosial Perubatan - 4 mata
- Pegawai/Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran - 6 mata
- Pegawai Farmasi - 6 mata
- Penolong Pegawai Farmasi - 6 mata
- Penolong Pegawai Perubatan - 10 mata
- Penolong Jururawat - 4 mata
- Jururawat Masyarakat - 4 mata
- Jururawat Berdaftar - 4 mata
rakan kerjasama

rakan media
