Artikel

Artikel mengenai ksedaran kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “KESEMPURNAAN”

Kesempurnaan bukan milik insan, Kesempurnaan hanya milik tuhan, Jangan dicari kesalahan, kerana insan pasti berdosa, Walau garam dan gula sama warna, Tapi lidah bisa mengenal Disaat rebah, resah gelisah, Hanya tuhan tahu segala, bermohonlah pada yang Esa. Tuhan memberi pada waktu yang sesuai denganmu, Bukan setelah doamu usai, Jangan ditagih belas insan Setelah racun membisa […]

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “KESEMPURNAAN” Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “SUARA HARAPAN”

Benak aku umpama terkurung Kiri kanan dihimpit dinding-dinding Kesangsian.. Terasing… Kebuntuan membuat aku Agresif dalam ketakutan Terkadang Ilusi aku dibisik dan dirisik Oleh suara yang timbul tenggelam Menitah dan Memerintah Fikiran Hati dan Emosi.. Arghhhhhhhh!!!!!! Sesak dada ini.. Dengan kemurungan menerjah, Mencipta Amarah dan Gelisah, Menyongsong kehidupan tanpa arah, Bagai Ingin Mati dan Bunuh Diri..

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “SUARA HARAPAN” Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “KABUT DUKA”

Entahlah! Jiwa bagai kabut, Perlu bahu untuk berpaut, Ingin luah rasa kalut, Mahu hapus sukma ribut, Detak minda serabut. Entahlah! Anxiety yang menjarah, Makin teruk membarah, Rasa ingin rebah, Sarira terlalu lemah, Atma semakin gundah. Entahlah! Tidak jelas hati sendiri, Adakala ingin menyendiri, Lebih bahagia hidup sepi, Rasa bagai tenang hati, Agar sukma tidak mati.

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “KABUT DUKA” Read More »

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “DIAM”

Aku mahu semuanya diam Sekelam hening malam yang terdalam Puas aku didendangkan bisikan bermacam suara Yang membingit tajam Kenapa hanya aku yang mendengar Gema sumbang yang tercanang Oleh paluan tohmahan, sumpahan Bertalam-talam terhidang Bernazam benar untuk jahanamkan Segala ada ingin hidupku Aku pinta, diam! Angin yang terlalu perlahan itu harus kudengar Perlu kepadanya kuhalakan layar

PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “DIAM” Read More »

Pertandingan Video Pendek MySAVE sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023

https://youtu.be/-iK0zfgr1PI Koleksi video bagi penyertaan Pertandingan Video Pendek Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope (MySAVE) sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023. Karya: IZZAH NABIHAH BINTI SAZAHLY Program anjuran:  Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.  Malaysian Mental Care Association (MeCare). Awareness Against Suicide (AWAS Malaysia)  Yayasan ZuriatCARE.  #BertindakSegeraHarapanTerbina #StopSuicideCopycat #HentikanPerlaporanTidakSelamat #KempenMySAVE AHAD, 31

Pertandingan Video Pendek MySAVE sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023 Read More »

Shopping Basket
Scroll to Top