Survivors Circle Jun: Ruang Selamat untuk Berkongsi
Adakah anda sedang melalui cabaran kesihatan mental dan memerlukan ruang selamat untuk berkongsi tanpa penghakiman?
SurCle oleh MeCare kembali sebagai platform sokongan psikososial secara dalam talian untuk anda meluahkan rasa, berkongsi pengalaman, dan membina kekuatan bersama komuniti yang memahami.
Tarikh: 10 Jun 2025 (Selasa)
Masa: 8.15 PM – 10.15 PM
Tempat: Google Meet (Link akan diberi kepada yang berdaftar)
Yuran Komitmen: RM10.00 (Ahli MeCare), RM15.00 (Awam)
*Untuk mendaftar sebagai ahli MeCare, layari https://mecare.my/ahli
Mengapa SurCle?
✅ Ruang selamat dan tertutup untuk berkongsi pengalaman hidup secara terbuka.
✅ Dikelilingi individu yang pernah melalui perjalanan serupa.
✅ Belajar cara mengurus emosi dan tekanan dengan lebih berkesan.
✅ Bina sokongan komuniti yang memahami dan memberi harapan.
✅ Semua perbincangan adalah sulit dan bersifat peribadi (P&C).
Sama ada anda ingin meluahkan, mendengar, atau sekadar hadir, SurCle sedia menyambut anda dengan empati dan sokongan.
Penyertaan adalah terhad!
Daftar segera di: https://mecare.my/surcle-o