Survivor Circle (SurCle)

SurCle merupakan ruang perkongsian selamat tanpa judgemental bagi individu yang berjuang dengan krisis kesihatan mental.
Tarikh: 17 April 2025 (Khamis)
Masa: 8.15 PM – 10.15 PM
Yuran komitmen:
Ahli berdaftar MeCare: RM10.00
Awam: RM15.00
Medium: Secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet
(Pautan Google Meet akan diberikan menerusi e-mel kepada peserta yang mendaftar)
*Ahli berdaftar MeCare dengan status keahlian yang masih aktif boleh WhatsApp 012-2254220 untuk dapatkan kod kupon harga ahli.
*Untuk mendaftar sebagai ahli MeCare, layari https://mecare.my/ahli
Sebarang maklumat lanjut e-melkan ke [email protected]
Anjuran:
Depression Survivors Malaysia
Malaysian Mental Care Association (MeCare)
Syarat & peraturan
1. Penyertaan adalah terhad untuk memastikan sesi berjalan dengan lebih berkesan. First come first serve.
2. Sila pastikan anda boleh sertai apabila berdaftar supaya tidak menutup peluang orang lain kerana kuota terhad.
3. Sila ambil maklum segala yang dibincangkan semasa sesi perkongsian adalah rahsia dan tidak boleh dibawa keluar.
4. SurCle merupakan satu inisiatif bantuan psikosisal kepada ahli yang bukan berbentuk rawatan profesional, kaunseling ataupun terapi, dan bukan pengganti rawatan yang diberikan oleh perawat yang merawat anda.
5. Sesi ini mungkin akan direkod untuk tujuan pendokumentasian. Sila maklumkan kepada moderator sekiranya anda tidak mahu gambar anda dikongsikan kepada umum.
6. Yuran komitmen sebanyak RM15.00 dikenakan untuk memastikan peserta yang telah mendaftar memberi komitmen untuk hadir, dan yuran tidak akan dipulangkan.