PENDAFTARAN KEAHLIAN MECARE

a. AHLI BIASA

(i) Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia

(ii) Umur Minima : 21 tahun

(iii) Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia

(vi) Agama : Semua

(v) Jantina : Lelaki dan perempuan

(iv) Keturunan : Semua

 

b. AHLI BERSEKUTU
Terbuka kepada mereka yang tinggal di luar tempat tinggal (a)(iii). Terbuka kepada kategori selain yang dinyatakan sebagai ahli biasa. Mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan.


c. AHLI KEHORMAT
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali daripada pembayaran yuran.


d. AHLI SEUMUR HIDUP
Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran sekaligus.


e. AHLI REMAJA
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam pertubuhan.

  1. Diberi keutamaan untuk terlibat dalam program-program berkaitan kesihatan mental yang dianjurkan oleh MeCare.
  2. Mendapat potongan harga untuk program tertentu yang dianjurkan MeCare.
  3. Mendapat potongan harga untuk barangan tertentu yang dikeluarkan oleh MeCare.
  4. Mendapat pendedahan secara terus mengenai program atau aktiviti berkaitan kesihatan mental.
  5. Menjadi salah satu platform untuk menyumbang kepada masyarakat dan pemandiri penyakit mental.

Borang Keahlian MeCare

Pendaftaran ahli

Kadar Bayaran: RM10.00
Kadar Bayaran: RM1.00
Guna Kupon
No payment items has been selected yet
Shopping Basket
Scroll to Top