Pada bulan Julai yang lalu, sesi SurCle telah diadakan secara fizikal di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pendekatan seni telah digunakan sebagai salah satu bentuk terapi, memberi peluang kepada peserta mengekspresikan emosi dan pengalaman melalui kreativiti.
Bagi bulan Ogos ini, SurCle kembali diadakan secara dalam talian bagi memastikan lebih ramai pejuang dan penjaga, terutamanya mereka yang berada jauh dari lokasi fizikal, dapat menyertai ruang selamat ini. Ruang ini terbuka kepada semua yang sedang berjuang dengan isu kesihatan mental dan memerlukan tempat untuk berkongsi serta mendapatkan sokongan tanpa penghakiman.
Tarikh: 6 Ogos 2025 (Rabu)
Masa: 8.15 malam hingga 10.15 malam
Platform: Google Meet
(Link akan dihantar melalui e-mel kepada peserta yang telah berdaftar)
Pautan pendaftaran: https://mecare.my/surcle-o/
SurCle merupakan ruang selamat untuk berkongsi, mendengar, dan menyokong antara satu sama lain dalam suasana yang penuh empati dan kefahaman.
Tempat adalah terhad. Mohon daftar awal untuk mengesahkan penyertaan.
Anjuran:
Malaysian Mental Care Association – MeCare
Depression Survivors Malaysia
Disokong Oleh:
Yayasan Hasanah
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Kementerian Kewangan


