WEBINAR – Stigma dan Salah Faham tentang Bunuh Diri dalam Masyarakat Muslim: Jalan ke Arah Empati dan Harapan

Masih ramai dalam masyarakat kita yang menganggap isu bunuh diri sebagai kelemahan iman, kurang tawakal atau sekadar mahu mencari perhatian. Stigma dan salah faham seperti ini bukan sahaja menyakitkan, malah boleh menghalang individu berisiko daripada mendapatkan bantuan yang mereka perlukan.

Jom sertai webinar MeCare bersama:
Dr Alizi Alias
Perunding Bebas Psikologi Organisasi,
Penceramah Bertauliah (Jabatan Mufti Negeri Sembilan).

Dalam sesi ini, Dr Alizi akan menyentuh tentang bagaimana Islam memandang isu bunuh diri, bentuk stigma yang biasa berlaku dalam masyarakat Muslim, serta bagaimana kita boleh bergerak daripada sikap menghukum kepada empati dan harapan. Peserta juga akan dibimbing dengan panduan praktikal untuk membantu ahli keluarga, rakan atau jemaah yang sedang bergelut dengan pemikiran bunuh diri.

📌 Tajuk : Stigma dan Salah Faham tentang Bunuh Diri dalam Masyarakat Muslim: Jalan ke Arah Empati dan Harapan
📅 Tarikh : 3 Disember 2025 (Rabu)
Masa : 8.30 malam hingga 10.00 malam
💻 Platform : Dalam talian (Zoom)
💰 Yuran : PERCUMA

Jangan lepaskan peluang ini dan daftar sekarang di https://mecare.my/skh/

Sebarkan kepada keluarga, rakan dan komuniti anda. Mungkin dengan satu perkongsian, anda dapat membantu menyelamatkan sebuah nyawa.

Anjuran:
Malaysian Mental Care Association – MeCare
Depression Survivors (Malaysia)

Disokong oleh:
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Yayasan Hasanah
Kementerian Kewangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top