SIRI DOA KESEJAHTERAAN EMOSI

Sebagai sorang manusia, kita memang lahir dengan pelbagai jenis emosi yang pelbagai seperti sedih, gembira, marah dan sebagainya. Tidak kira sama ada emosi tersebut positif atau sebaliknya, kita perlu menguruskan emosi dengan sebaiknya agar tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini dikemudian hari. 


Dalam perjalanan untuk mencapai kesejahteraan emosi secara holistik, kita juga digalakkan berdoa disamping berusaha dengan cara meluah atau mendapatkan rawatan profesional. 


Oleh itu, sepanjang bulan Ramadan 1445H yang penuh mulia ini, terus setia untuk mengikuti MeCare di media sosial kerana kami akan berkongsi doa-doa berkaitan emosi dalam Siri Doa Kesejahteraan Emosi. Diharapkan agar semua memperoleh manfaat sebaiknya dengan doa yang dikongsikan. 


Klik pautan ini [https://mecare.my/category/doa-kesejahteraan-emosi/] untuk terus mengikuti siri doa kesejahteraan emosi ini.


Atau anda boleh juga menyertai Saluran WhatsApp rasmi MeCare untuk menerima kemaskini terus ke WhatsApp anda melalui pautan https://bit.ly/SaluranWhatsAppMeCare.


Anda boleh membuat tangkap layar (screenshot) atau pun muat turun gambar yang dikongsikan untuk disebarkan kepada ahli keluarga, rakan mahupun sesiapa sahaja.


Terima kasih dan Salam Ramadan Al-mubarak. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita 😊

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top