Selamat Hari Wanita 2024

Wanita & Kesihatan Mental

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara globalnya dalam kalangan wanita berusia 15-29 tahun, bunuh diri merupakan punca kedua tertinggi kematian di dunia selepas masalah berkaitan fasa kehamilan dan melahirkan.
 
Walaupun bilangan lelaki yang mati disebabkan bunuh diri lebih tinggi, namun penyakit mental lebih cenderung dihadapi oleh wanita.
 
Oleh itu, para wanita juga perlu sentiasa peka tentang kesihatan mental masing-masing untuk mengelakkan sebarang masalah berbangkit dikemudian hari.
 
Antara faktor yang menyebabkan kemerosotan kesihatan mental dalam kalangan wanita adalah perubahan hormon yang sering dilalui oleh wanita terutama ketika waktu kesuburan, kehamilan, melahirkan dan juga menopos.
 
Perubahan hormon tersebut merupakan satu yang fitrah bagi seorang wanita dan sukar dielakkan, namun beberapa langkah pencegahan untuk menambahbaik keadaan kesihatan mental wanita boleh dilakukan seperti sentiasa menjaga gaya hidup yang sihat dari sudut senaman dan juga pemakanan yang seimbang.
 
Disamping itu, bercakap dengan sesorang juga boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para wanita. Sekiranya anda memerlukan sesorang untuk bercakap, hubungi Talian HEAL 15555 atau sertai kumpulan sokongan psikososial secara dalam talian Depression Survivors Malaysia.
 
Teruskan menjaga kesihatan mental dan fizikal kerana keduanya saling berkaitrapat.
 
Selamat Hari Wanita Antarabangsa, 8 Mac 2024!

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top