Sering kita saksikan di kaca TV atau media sosial, Ramadan dipenuhi dengan ibadah dan penuh keterujaan, manakala raya pula sering dikaitkan dengan kegembiraan, warna warni dan keceriaan.
Namun dari satu sisi lain bagi sesetengah pesakit mental, bukanlah seperti apa yang digambarkan tersebut. Kesukaran, cabaran, perasaan serbasalah dan pelbagai yang menyelubungi pesakit & penjaga yang berjuang dengan isu kesihatan mental.
Oleh itu, dalam usaha menoktahkan stigma, MeCare ingin mempelawa sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman supaya orang awam boleh tahu, faham, dan cuba membantu individu yang memerlukan bantuan dengan sebaiknya.
Pada kebanyakan masa, mereka yang melemparkan stigma kepada pesakit mental berpunca dari kurangnya kesedaran mengenai realiti sebenarnya. Oleh itu, mari sama-sama kita berkongsi pengalaman supaya masyarakat lebih cakna, dan pejuang penyakit mental lain juga rasa tidak keseorangan, malah tidak menyalahkan diri atas kekangan yang mereka hadapi.
Hantarkan karya penulisan anda kepada kami melalui https://mecare.my/karyaramadanraya/
Penulisan yang terpilih akan menerima hadiah cabutan bertuah dan duit raya dengan jumlah terkumpul RM300.00!
Sebarang persoalan, e-melkan ke [email protected].