PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI – PUISI HIDUP

Hidup adalah sebuah cerita

 

Hidup ini

aku berjalan semua ini dengan kesendirian

aku berjalan semua ini dengan deraian titisan airmata

aku berjalan semua ini dengan mengenal “Ya Rabb”

aku berjalan semua ini dengan belajar nikmat bersyukur.

 

Aku berjalan semua ini belajar percayakan diri sendiri biar takdir menentukan

aku berjalan semua ini dengan senyuman walaupun hati terasa sakit dan kecewa

aku berjalan semua ini dengan tekadkan hati

aku berjalan semua ini dengan penuh perjuangan dan berkorban tanpa henti.

 

Aku berjalan semua ini dengan belajar erti kehidupan

aku berjalan semua ini dengan penuh kesabaran

aku berjalan semua ini dengan penuh ketulusan

aku berjalan semua ini dengan cara akan tumbuh.

 

Aku berjalan semua ini dengan semangat walaupun kadangkala terasa penat dan lelah

aku berjalan semua ini dengan tegas pendirian

aku berjalan semua ini dengan belajar tidak mempedulikan apa orang kata yang tidak penting

aku berjalan semua ini dengan tanpa ada kata mahu berhenti di sini sahaja.

 

Aku berjalan semua ini dengan pena puisiku yang membuat hati terasa tenang dan damai

aku berjalan semua ini dengan penuh ketabahan

aku berjalan semua ini dengan penuh mengikhlaskan

aku berjalan semua ini dengan memahami realiti kehidupan.

 

Aku berjalan semua ini dengan penuh keupayaan untuk terus kehadapan

aku berjalan semua ini dengan penuh pelbagai watak sedih, kecewa, sakit dan gembira

aku berjalan semua ini dengan mengisi kekosongan jiwa

aku berjalan semua ini dengan kesederhanaan.

 

Aku berjalan semua ini dengan progress diri

aku berjalan semua ini dengan takdir illahi

aku berjalan semua ini dengan melihat nikmat

aku berjalan semua ini dengan berdamai.

 

Aku berjalan semua ini dengan rasa tenang

aku berjalan semua ini dengan rasa terima kasih tuhan

aku berjalan semua ini tanpa ada yang tahu,rasakan ,alami dan jalankan

aku berjalan semua ini di iringi zikir dan doa-doa

 

Aku berjalan semua ini dengan nafasku yang masih berhembus

aku berjalan semua ini dengan bertaburan berkat dan rezeki yang selalu menyelimuti diri

aku berjalan semua ini dengan tenang semua akan baik-baik saja

aku berjalan semua ini dengan “asal kau bahagia,”

aku berjalan semua ini dengan AL-JABBAR

 

Aku puisikan semua ini dengan jari jemari yang selalu memberi erti sebuah kehidupan.

 

-Wan Asiah Bt Nik Wan Zainun-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top