Kosong
Fikiran ini kosong
Tak mampu berfikir
Tak dapat menafsir
Walhal
Dunia di luar
Terus bergerak laju
Sedang aku
Di duniaku
Masih saja hanya aku
Dengan nadiku
Berdetak satu-satu
Nafas dihela dalam
Dihembus perlahan
Membuang suram
Nafas dihela lagi
Berkali-kali
Masih di sini
Benar aku masih di sini
Di dunia ini
Bangkit keluar
Tika ku sedar
Kosong bukan dunia sebenar
Cuma
Terkadang buntu
Ke mana harus dituju
Hulur tanganmu
Pimpin tanganku
Kerana itu yang aku perlu
Agar duniaku dapat menyatu
Dengan dunia luar yang kian laju
-Nur Hafizah Shaharom-
