Jika Penat lelapkanlah matamu
Rehatlah sebentar
Jika tertekan luahkan
Apa yang terjadi lepaskan…
Hidup ini ibarat pokok
Pohon yang tegap dan keras
Apabila kulitnya terluka
Sama seperti hati…
Hati yang sedang dilukai
Hati ini suci
Bagaikan awan yang berwarna putih
Apabila hati dikotori
Sama Seperti batu yang berwarna Hitam
Keras
Gelap
Malam
Dingin
Jika tertekan… ambil nafas dengarkan
Dan hembuskan
Agar diri mendapat ketenangan
Kekuatan
Terus kental
Hidup ini satu perjuangan.
Jangan mudah berasa dengki
Titip kesyukuran di dalam doamu
Jauhkan diri dari segala kekusutan
Hidup ini hanya sementara
Bagai daun yang berguguran
Suburkan rasa sayang
Buang segala rasa benci
Jika kau diselimuti kesedihan
Yakinlah dirimu tidak bersendirian
Kerana Dia menemanimu
Kerana Dia Maha Mengasihani
Lagi Maha Penyayang.
(Muhammad Fikri Hazim bin Ibrahim Hermanto)